hehe

Saturday, April 28, 2012

Resmi Orang Selalu Kalah

Terdesak.
Janji dah beria-ia.
Satu kampung dah canang nak buat itu ini.
Tapi tak menang-menang juga.

......................................

Tahun pertama bertanding, kalah.
Tak mengapalah.
Tiada rezeki.
Kita berjuang kerana ALLAH.

Tahun ke-10 kalah.
Tak mengapalah.
Perjuangan tak kenal penat lelah.

Tahun ke-30 kalah.
Tahun ke-40 pun kalah.
Tahun ke-50 kalah juak lagi.
Ini mesti bukan salah kita.
Ini salah orang lain.
Kita maksum masuk syurga.
Tok Guru yang kata!

.......................................

Kalau Tok Guru kata jangan di ragu.
Sebab dia ulama.
Berserban, bertongkat, berjubah.
Eh, itukan persis Nabi kita!!

Kalau mufti Perak kata, itu semua kenyataan nak duit.
Mufti tu bukan ulama!!
Dia dibela UMNGOK!!

......................................

Benci Najib sebab Rosmah beli cincin berjuta.
Sebab Shahrizat kondo berjuta.

Sokong Ambiga?
Kepala IFC, murtad, gay, lesbian tidak mengapa.
Yang penting matlamat dia suci macam kita.
Masuk syurga.

.......................................

Pilihanraya tak bersih dan tak adil.
Dengan pilihanraya yang samalah, mereka berbangga menawan 5 negeri juga.
Dengan pilihanraya yang sama jugalah Kelantan tak pernah terlepas dari gengamannya.

Kalau benar pilihanraya kotor sekalipun, adakah dengan cara berhimpun memaki hamun ini dapat membersihkannya?
Kalau terbersih sekalipun pilihanraya Malaysia, bersihkah hati-hati mereka yang menyertainya?
Membersihkan pilihanraya dengan cara mengotorkan hati masyarakat Malaysia dengan kebencian sesama kita?

Inikah cara Islam membersihkan kekotoran?
Mencuci tahi anjing dengan cara melempar tahi babi?

Tanah suci Masjidil Haram pun sanggup dikotori dengan kempen politik, itu bersih?
Menggelarkan polis-polis dan petugas-petugas DBKL itu dengan panggilan ANJING itu bersih?
Ini saranan ulama dan Tok Guru?

Bahalol.

......................................

Beserban, ketayap, berjanggup, berjubah, berpuluh kali ke Makkah itu cukup Islam?
Cukup berilmu? Masuk syurga?
Berilmukah kita dengan dalil dan fatwa "google, copy & paste" itu?
Jahilkah kita yang tidak sependapat?
Jahilkah kita yang rambut tercacak, berseluar jeans dan berbaju merah?

......................................

Matlamat menghalalkan cara mereka.
Percayalah.
Kita hanyalah askar percuma.




No comments: