hehe

Thursday, July 19, 2012

GEMPAR: Azwan Ali Kini Bertudung!

Di Universiti Malaya, ada Akademi Pengajian Islam (API).
Pelajar API diberikan pilihan untuk majoring dalam subjek sains di Fakulti Sains.
Maknanya, mereka akan belajar Kimia dan Usuluddin (contoh) dalam satu masa.

Diceritakanlah kepada aku oleh seorang sahabat, bila pensyarah bertanya kepada salah seorang daripada pelajar API apakah cita-cita beliau bila tamat pengajian, lantas dengan penuh berhemah, pelajar solehah itupun menjawab:
"Saya ingin menjadi Saintis Islam,"

Dijawab pula dengan sinis oleh pensyarah tersebut:
"Habis, saya bukan saintis Islam?"

...............................

PAS dan pengikutnya dahulu begitu bencikan artis-artis.
Artis-artis diibaratkan sebagai syaitan yang mengajak manusia melakukan kemungkaran.
Aritis-artis ini hanya digilai oleh orang UMNO sahaja.

Namun, bila ada segelintir artis yang kini berserban, berjanggut dan bertudung, terus disambar mereka.
Artis-artis ini terus diusung ke mereta tempat untuk memberikan kuliah agama.
Kuliah artis-artis yang baru mendapat hidayah ini lebih valid kenyataannya berbanding mufti Perak.

Sebab apa?
Sebab motto perjuangan mereka adalah "perubahan".
Perubahan seorang artis itulah simboliknya.

Tapi, adakah PAS yang memberi hidayah kepada umat Islam?
Kempen poltik PASkah yang mendetikkan hati seorang manusia untuk kembali mengenal Tuhannya semenjak lahir?

..................................

Artis-artis ini juga bila mahu bertudung, akan merujuk Tok Guru Imam Besar Khalifah Nik Aziz.
Ketua Pemberi Hidayah sekalian umat Islam seluruh Malaysia.

Yang peliknya, adakah hidayah datang sama dengan Borang Keahlian PAS?

Yang peliknya, kenapa yang dirujuk adalah ulama politik?

Perlukah sinar hidayah anda mendapat publisiti macam Tayangan Perdana Filem Syukur 21?

Musykil.

..................................

Abby Abadi, anda bertudung baru sahaja berapa bulan.
Sudah layakkah anda menghina orang lain yang masih belum menemui hidayah?
Lupakah adegan-adegan drama atas katil, laga-laga hidung, pegang-pegang tangan anda?

Apa pula kaitan hidayah bertudung anda dengan Perhimpunan Mansuh ISA?
Lakonan drama atas pentas politik sesudah tidak laku di kaca TV?

Hijrah anda untuk agama atau untuk politik?

Atau masih untuk publisiti?

...................................

Cukuplah.
Hentikanlah wayang agama untuk politik anda semua.

Perjuangan agama dengan mata pedang.
Bukan dengan mata pena;
untuk pangkah bulan atas kertas undi!

6 comments:

Anonymous said...

Tajuk artikel memang sensasi la bro

-cry reen- said...

mcm mane agaknya nak bagi Abby Abadi baca your writing ni..

-cry reen- said...

mcm mana nak bagi Abby Abadi baca artikel ni.. how i wish she keeps her volume low, seperti muslimah yg sejati.

cucunenekkebayan said...

anon: aku trainee kat mastika dulu

cry reen: aku pun berharap dia dapat baca. dia lebih Islam dari Islam sendiri

ainfaifai said...

letak aje link blog ni kat beautifulnara

Anonymous said...

Kalo Abby baca dia sengih jer.....
Ainfaifai la tolong promote blog ni kat beautifulnara.....semua artis dan bkn artis dapat baca.