hehe

Tuesday, May 7, 2013

UMNO VS DAP


Ingat tak ungkapan paling ‘cliché’ bila kita berbicara pasal survival bangsa Melayu?
“Melayu sama Melayu bergaduh, cina tepuk tangan”
Aku mengesahkan perkara ini benar setelah menganalisis keputusan PRU13.

Sebenarnya, pengundi cina berpegang kepada 3 slogan untuk mencapai 1 matlamat.

1.     Asal bukan UMNO/BN
Ini adalah paling jelas. Sebab itu dapat dilihat berlaku kekalahan teramat teruk oleh MCA. Majoriti menang pun meningkat mendadak. Waktu PRU12 majoriti 1,000 boleh jadi berbelas ribu kali ini.

2.     Undi calon cina
Mungkin ada yang kata cina hanya mahukan perubahan dengan mengundi DAP. Tapi kalau benar nak perubahan, kenapa orang cina tidak mengundi calon parlimen Tanjung Piai dan memenangkan MCA? Oh. Sebab DAP diwakili calon berbangsa Melayu.

3.     Tidak undi calon PAS (melayu)
Lakonan Lee Kwan Yu memakai songkok diulang sekali lagi apabila Lim Guang Eng mengumumkan untuk menggunakan logo PAS untuk mewakili calon DAP. Sedangkan beliau sudah lama tahu perkara ni mustahil. Ini adalah wayang untuk menagih kekaguman dan simpati orang Islam dan PAS. Akhirnya, ketotokkan penyokong PAS terbukti apabila mereka sanggup pangkah DAP, tapi org cina tidak sanggup memangkah PAS menyebabkan calon PAS banyak kecundang akibat kurang undi dari cina.

Gelang Patah, Bukit Katil dan banyak lagi tempat adalah bukti penolakkan total cina kepada orang Melayu dan BN. Sedangkan terlalu banyak kelebihan diberikan kepada kaum itu mengatasi “hak istimewa orang melayu” yang cukup dibenci oleh mereka.

Paling aku terkejut, Najib Razak sanggup berjumpa dengan Dong Jiao Zong, bapak perkauman tersohor yang selama ini menuntut pelbagai hak tidak munasabah untuk cina.

Tapi akhirnya, strategi cina untuk berkuasa tetap berjaya. Cuma, tindakan mereka pada PRU13 seharusnya menyedarkan orang Melayu khususnya penyokong PAS dan BN bahawa mereka bukanlah kawan yang setia.

Tindakan mereka secara terang-terangan ini juga sebenarnya akan merugikan mereka kerana perancangan mereka tidak lengkap apabila PR gagal menguasai Kerajaan Persekutuan. Sekadar ramai di Parlimen yang masih dikawal oleh Melayu UMNO!
Mahu berpatah balik? Sudah terlewat!

Tapi ini pengajaran untuk PAS. PKR memang padan muka la sebab mereka memang tiada halatuju. Tindakan PAS memutuskan untuk bekerjasama dan percayakan DAP ini telah menyebabkan ramai penyokong mereka ‘swing’ undi kepada UMNO. Harapan cina untuk mengundi mereka juga tidak mendapat sokongan. Akhirnya, PAS terus menelan kekalahan walaupun di era ‘kebangkitan rakyat’.

Aku merasakan, kalau PAS bergerak solo, keputusan pastinya jauh berbeza. PAS mangsa dajalan DAP, dan adik angkatnya PKR; sekaligus.

Kepada Barisan Nasional, sekarang ini jelas kemenangan anda adalah sumbangan orang Melayu. Walaupun kami diabaikan, dibangsatkan, dikemudiankan, undi kami masih tetap kepada BN. Orang Melayu memang dilahirkan dengan sifat hati yang lembut, pemaaf, menepati janji dan semangat setiakawan yang tinggi.


Namun, adat orang kalah.
Ada yang mula bising bagai “anjing menyalak bukit” (ini adalah peribahasa). Majoriti cina yang menulis ‘petition’ menjemput US untuk menyelesaikan ‘kemelut’ di Malaysia. Menjemput Ratu England untuk kembali menjajah Malaysia. Memakai baju hitam dan berkumpul dengan bendera Malaysia yang diterbalikkan.

Inikah bukti cina bersama kita ketika susah senang? Atau mereka pantas mencari Negara-negara lain untuk berlindung? Mungkin darah ‘pelayar tongkang’ dalam diri mereka tiba-tiba mengalir kembali.

Paling biadap, ketika pengumuman keputusan menunjukkan DAP menang banyak, ada yang sudah berani menyuarakan “Say goodbye to Malay privileges”. Sebijik macam tindakan bapak kandung mereka, Lee Kwan Yu dulu yang mahu menyapu Melayu.

Inikah bukti mereka ini benar-benar rakyat Malaysia yang mahukan keamanan?


Aku yakin.
Mesti kawan-kawan cina aku akan melabel aku bersifat perkauman. Tak kurang juga ahli PAS dan PKR yang masih belum tanggal ketotokkannya. Tapi bagi aku, lebih racist mereka yang sedang menyebarkan pelbagai artikel di facebook dalam tulisan cina. Aku juga memilih untuk menulis dalam tulisan rumi, bukannya jawi; untuk bacaan dan penghadaman semua.

Tapi anda semua perlu tahu desakan hati aku yang dah lama kecewa ini. Pilihanraya bagi aku cukup bersih.Tapi sayangnya, mainan politik di Malaysia tidak berjalan dengan sihat. Sentimen kaum masih menjadi senjata utama orang cina sedang mereka sendiri menuntut kesamarataan.

Ketika isu bangla mengundi, mereka begitu marah. Habis orang india, Melayu berdarah Bangladesh, kacukan Pakistan dipaksa bercakap dalam bahasa Malaysia, menyanyikan lagu negaraku dan membaca rukun Negara. Pernahkah mereka menguji diri sendiri terlebih dahulu? Rasanya, ramai yang “tidak layak” mengundi juga.

Apapun, PRU13 sudah berakhir. Keputusan sudah ada. Mungkin ini adalah kerja Allah menyedarkan sesama kita, Melayu dan Cina.

Kepada masyarakat cina, kami memang terasa hati, terluka dengan tindakan anda. Tapi kami bersifat pemaaf dan mudah lupa (sesuai juga digunakan pada situasi ini).

Kembalilah.
Kami masih memerlukan anda untuk mewarnai Negara berbilang bangsa ini yang sudah lama menjadi salah satu daripada ‘keajaiban peradaban dunia’.

Tapi tolonglah jangan jolok sarang tebuan. 
Itu sahaja.






4 comments:

aediasri said...

tidak setuju dengan cucu nenek kebayan, antaranya kerana:

untuk point no 2 - 70 peratus pengundi tanjung piai adalah orang Melayu. calon DAP melayu tewas dengan majoriti 5,457 undi. Beliau kalah sebab orang Melayu pilih calon MCA

3. Gelang Patah dan Bukit Katil bukti orang Cina tolak calon Melayu dan BN
- pada pru 12, di gelang patah, calon BN, Tan Ah Heng kalahkan calon PKR, Dr Zaleha Mustafa. Masa tu, ada orang bisng pengundi Cina tolak calon Melayu?

Di bukit katil, shamsul iskandar menang lawan ali rustam. Shamsul Iskandar orang cina?

di Pulai, Salahuddin Ayub dari PAS kalah dengan Datuk Nur Jazlan dengan undi 3,226. peratusan pengundi cina agak signifikan (20-30 peratus). boleh dianggap undi cina back up salahuddin yang tewas dengan majoriti sedikit.

lagi contoh, rafizi ramli menang lawan calon mca, lim chin yee dengan majoriti 26,729. Aku pengundi pandan, aku tahu ramai pengundi cina. Majoriti besar tunjukkan pengundi Cina tolak calon cina MCA dan pilih Rafizi.

Fuziah Salleh menang majoriti 4,515 di Kuantan. majoriti pengundi Cina undi dia sebab dia lawan Lynas.

PAS banyak kalah di kerusi melayu. Di Perlis dan Kedah contohnya.

Ini bukan pertentangan Melayu - Cina. Tapi kalau tengok balik, kawasan bandar dan sub bandar banyak PR menang. kawasan pedalaman dan majoriti melayu banyak BN menang. ini disebabkan, salah satunya, pertentangan maklumat dan sentimen.

john said...

haha. macam ni. apa itu strategi? kalau kita lihat tentera sulu, rancangan mereka menakluk sabah sudah bertahun lamanya. tentera mereka sedikit je. tp pelbagai cara digunakan untuk mencapai matlamat yg satu. serangan terus ada, menawan orang kampung ada, pura-pura mati (kalah) pun ada. kalau tgk bilangan mereka, mustahil boleh terbunuh tentera kita. hatta calar sekalipun. tp akhirnya mereka tetap berjaya mengorbankan tentera malaysia.

maknanya, dalam "peperangan berstrategi" sekadar statistik nombor tidak boleh dijadikan pegangan utama.

"untuk point no 2 - 70 peratus pengundi tanjung piai adalah orang Melayu. calon DAP melayu tewas dengan majoriti 5,457 undi. Beliau kalah sebab orang Melayu pilih calon MCA". jgn lupa juga, beliau kalah teruk sebab cina taknak undi calon melayu walaupun dia dr DAP. dalam kes ini, slogan cina tolak melayu digunapakai.

Di gelang patah, PRU12 tu lain. sebab dua2 calon tempatan. dulu org tak pertikai sebab sokongan setimpal dengan apa yg mereka dapat. ni LIM KIT SIANG yg diterbangkan jauh, tidak pernah berbakti langsung dan hanya turun ketika kempen boleh menang dengan majoriti besar. siapa LKS pada masyarakat gelang patah?? cina tolak ghani yg digelar pro-cina. dalam kes ini juga, cina tolak calon melayu digunapakai. mana undi cina MCA??

Ali rustam pula, cina sanggup undi PKR demi menolak BN. dalam kes ini, cina undi asal bukan umno/bn. ali rustam mangsa paling sadis. mana undi daripada cina MCA??? kenapa cina MCA pun sanggup memangkah PKR? sedangkan 7 calon MCA menang di kerusi majoriti melayu.

calon PAS ramai kalah sebab ditolak pengundi melayu sendiri? betul. tapi yang jd persoalan dan tanda tanya, mana undi cina yg konon2 sanggup pangkah PAS??

macam ni lah. kita kene faham kenapa cina mempunyai pelbagai strategi ni? keadaan sekarang sukar nak buktikan secara total sebab PR gagal menang majoriti.

mereka berani bangkit sebulat suara menolak BARISAN NASIONAL sebab mereka mengharapkan PR (yang sudah pasti diKUASAI DAP) utk menang majoriti.

john said...

seronok jd cina. mereka buat taik, melayu tlg basuhkan. kenapa MCA kalah teruk?? mana penyokong mereka selama ini?? cina reject MCA dan beralih kepada DAP atas sebab apa?

BN menilai semua program yang mereka buat. tidak selari dengan undi yang mereka dapat. hatta kalau dikira ahli MCA di kawasan itu pun dah boleh menang.

kawan-kawan, strategi mereka sangat halus. tolak BN, tolak melayu, tolak PAS. demi DAP berkuasa. cumanya, PAS dan PKR tak berapa perform(atau menang tak cukup) untuk tubuh kerajaan. kalaulah dapat....hmmmm

Tony Stark (Bukan Nama Sebenar) said...

aku konpius ada nombor2 nie..len kali wat chart senang skit nampak.. bg nombor sat lg aku check ngan kalkulator, aku kira2, kalau salah malu.. jng letak nombor pls.