hehe

Monday, September 2, 2013

KENAIKAN HARGA MINYAK: KERJA ROSMAH.

Sebelum makian dan carutan nak dilemparkan kepada aku, biar aku jelaskan yang aku bukanlah golongan kaya, memandu kereta mewah ataupun anak angkat kepada Rosmah.

Jauh sekali aku memiliki stesen minyak. Aku juga tidaklah taksub kepada BN. Anda semua boleh rujuk posting-posting terdahulu dalam blog ini before you call me macai.

Kalau nak maki aku juga, pergi mampus sama kaulah.

........................

Minyak naik 20 sen.
Aku kira-kira balik. Memang akan menambahkan kos sara hidup aku.
Sebab aku travel melebihi 2,000km SETIAP BULAN.

Kos perniagaan aku juga pasti meningkat.
Aku juga menanggung sebuah van, sebuah 4WD dan beberapa mesin/traktor di ladang aku.

Cilaka Najib, Rosmah dan anak-anak?

Tidak.

.........................

Aku terus tanya abah dan emak aku masa mereka mula-mula pakai kereta.
Minyak tak sampai seringgit/galon kata mereka.

Sepanjang berpuluh tahun, harga minyak akan, mesti dan pasti naik.
Takkanlah kita expect harga semua benda akan kekal selamanya macam awal merdeka?
Ko masih cari karipap harga 2 sen?

..........................

Macam ni la.
Ini tanda-tanda negara kita menuju kemajuan.
Negara maju mana dalam dunia ni yang kos sara hidupnya macam negara miskin?
Sama juga macam kita tinggal di KL dengan tinggal di Kg. Gajah.
KL, maju. sewa rumah teres RM1,500. Lunch seorang RM10.
Kg.Gajah tak maju. sewa rumah teres RM300.
Makan 2 orang boleh dapat RM10.

Orang kita ni, nak negara maju.
Tapi hidup nak senang lenang, barang murah, dapat BR1M, pendidikan percuma, kereta murah, gaji tinggi, minyak 50sen.

Ko pergi sekolah, dalam beg bawa sekeping buku je.
Lepas tu bodoh.

Orang lain pergi sekolah sampai senget bahu angkat beg penuh buku sebab banyak belajar.
Lepas tu jadi pandai.

Ko marah?

Inilah kos sampingan yang terpaksa kita tanggung untuk mencapai sesuatu.

............................

Ramai yang cakap bila harga minyak naik, harga roti canai pun naik.
Katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu mengawal kenaikkan harga ni.

Haha. Kementerian mana nak bertanggungjawab mengawal harga siling roti canai, kuih gelang dan kuih taik itik? Mudahnya hidup!

Nampaknya kerajaan kenalah buat satu kementerian khusus untuk mengawal pemikiran masyarakat macam ni. Menterinya, aku.

............................

Ini sudut pandangan aku la.
Kita kena stop merungut dan menyalahkan orang lain.
Ini semua cabaran kepada kita untuk diatasi dengan tindakan bukan dengan mulut.
Macam mak abah kita dulu la.
Berapa kali harga minyak naik?

Aku bercita-cita nak memandu kereta mewah.
Pergi mampus la harga minyak naik ke, harga kereta mahal ke, aku tetap nak beli juga.

Sebab itu aku bekerja macam tiada hari esok.




























7 comments:

Anonymous said...

Salam sy ni x reti sgt bab ekonomi. Klau saudara bagi contoh mcm tu. Mksudnya harga myk pon spttnya mcm sewa rumah la. Tmpat maju myk mahal tmpat tak maju minyak murah. Hanya bertnya. Dan satu lg soalan. Yg sy tahu ds najib kurgkn subsidi. Jd sbb tu harga mnyk naik. tidak ada kna mngena dgn kenaikan harga myk smasa. Tp knaikan harga myk dri zaman ayah dan mak saudara tu adalah disbbkn dri knaikan hrga myk smasa. Jd apa pndapat saudara?

Anonymous said...

Ada org pegi skolah bawak skit pon die pndai. Knapa tidak jadi mcm budak skolah sprti itu dari memilih nak bwak beg berat2 ke skolah bru nak pndai?

Anonymous said...

lain orang lain tahap penerimaan, mungkin yang bawa sikit cepat paham semasa belajar dan mungkin tidak. Harap semua paham, saudara di atas cuma memberi pendapat beliau.

Anonymous said...

kita negara maju tapi hidup mcm dalam negara miskin. semua mahal. kita jadi tak mampu untk byar segalanya

Anonymous said...

tak mampu bayar segalanya??mcm propa sabgat tu..kalau gaji kecil tapi boros memangla semua tak cukup..belajarlah berjimat cermat ya :)

Anonymous said...

dia umpamakan beg berat macam belajar dan berusaha baru jadi pandai..janganlah jumud sangat smpai betol2 nak bandingkan beg sikit dgn beg berat..adoi..kalau da demo sana sini,result teruk salahkan orang lain pulak

Anonymous said...

kurangkan subsidi nampak,bantuan juta2 yg lain tutup mata..yg penang naik 100% caj air,selangor naik harga parking dll tu tak bising pulak :)