popia ini lazat. kerana kulitnya kah? atau kerana isinya?
aku taklah mahir dalam politik ni.
cuma sekadar mengikuti perkembangan.
segala perkembangan itu pula akan dinilai untuk simpanan peribadi.
kebiasaanya.
baru-baru ini berkesempatan bersembang dengan penyokong dan peminat setia PAS.
tgk dari penampilannya sudah tahu dia gemarkan parti yang mana.
tak perlu dengar loghat atau telor bahasanya.
hasil perbualan, aku buat sedikit perbandingan dan penilaian.
yelah, agar kita tidak membabi buta menyondol semuanya.
.................................................................
SEBAHAGIAN penyokong2 PAS adalah tidak matang lansung.
mereka gemar put the blame on others, to make themselves look good.
alaa..macam masa kita budak2 dulu.
contohnya, bila ahli UMNO melakukan rasuah, akan dikecam dan diherdik sekeras-kerasnya.
tapi, bila ahli sendiri atau sekutu mereka melakukan rasuah, diabaikan saja.
tuduh pula UMNO yang fitnah.
sampaikan seorang ustaz (juga orang besar yang suatu ketika dahulu PAS dan apabila sudah pasti tidak dapat sebarang jawatan dalam PAS, berhijrah ke PKR) sanggup mengatakan rasuah seks itu adalah sedekah.
mereka gemar membangkang, hanya kerana nama mereka masih segar digelar 'pembangkang'.
apa sahaja yang dilakukan dengan tag nama UMNO akan dibangkang.
kecuali, wang ehsan pemberian Datuk Seri Najib.
tidak dibangkang, siap puasa 3 hari.
.................................................................
SEBAHAGIAN penyokong2 PAS adalah single-minded.
single-minded person adalah golongan yang paling payah untuk dibawa berbincang.
paling menyakitkan hati dan memualkan.
apa sahaja tok gurunya kata atau rakan2 seperjuangannya kata, itulah perkara yang paling benar dan sahih seperti fatwa daripada majlis agama.
deras anggukannya bila tok guru kata siapa yang sokong PAS akan masuk syurga.
sambil tersenyum mereka membayangkan 7 bidadari cantik sedang menanti.
pemimpinnya juga single-minded.
nak terberak rasanya bila baca Harakah.
"Lim Guan Eng pakai seluar katok- lambang pemimpin merendah diri"
hahahahahaa. dia tu cina. mesti la selalu pakai seluar pendek!
nanti orang UMNO pakai seluar pendek, pasti dalam Harakah akan tertera : "Ahli UMNO berpakaian seksi dan mendedah aurat- lambang pemimpin neraka"
pendek kata, apa sahaja yang dilakukan mereka atau kroni-kroni mereka semuanya baik2 belaka. pakai seluar katok, mereka nampak sebagai merendah diri. ubah suai rumah rm300, 000 melawan anai-anai itu lambang apa? mungkin lambang takut anunya dimakan anai-anai. sebab selalu berseluar pendek.
..................................................................
SEBAHAGIAN penyokong2 PAS adalah tidak gemar membaca.
perlu ditambah sedikit.
tidak gemar membaca bahan bacaan lain selain Harakah.
kerana bagi mereka, akhbar lain semuanya fitnah.
baca Harakah, kemudian semat dalam jiwa.
dipegang dan diikat kuat2 apa sahaja yang ditulis dalam akhbar itu.
bukannya dianalisis. sondol sahaja.
sebab itulah, penyokong PAS yang saya temui, masih ramai tidak tahu bahawa Teressa Kok pernah ditahan ISA kerana menghina Islam. Tapi, yang peliknya, mereka menyokong Teressa Kok ini. kerana daripada sumber yang mereka percayai, betina biadap itu pernah diberi makan seperti makanan anjing oleh orang2 UMNO. itu sahaja yang mereka tahu!
dan yang lebih kelakar, ada yang tak kenal Teressa Kok itu siapa.
pungkok.
kata memperjuangkan Islam.
.....................................................................
nak kata penyokong UMNO semuanya baik pun tak juga.
nak kata orang UMNO semua matang, tak juga.
juga ramai yang tidak membaca.
tapi, bila dianalisis kembali keputusan pilihanraya ke-12, kita boleh nilai kematangan mereka.
kekuasaan UMNO (BN) berkurangkan dek kerana penyokong2 UMNO nampak dan sedar dengan kesalahan dan kelemahan UMNO. bila salah, tetap salah. walaupun kesalahan itu dibuat oleh parti yang begitu disayangi sebelum itu.
maksudnya, mereka yang beralih arah kepada PAS atau PKR ini bukanlah kerana percayakan janji2 parti itu. sebaliknya, mahu memberikan isyarat dan pengjaran kepada UMNO dan BN supaya sedar. inilah kematangan namanya.
.....................................................................
maka, mereka yang matang, tidak single-minded dan rajin membaca akan melakukan penilaian dengan waras.
bukannya membabi buta.
mata sudah silau mungkin. kerana terlalu lama memandang kilauan bulan.
otak pula sudah pening.
dahulu hanya ada satu bulan yang perlu disokong. tapi kini, ada pula bulan terpecah dua. ketuanya, lelaki bernafsu dua.
12 comments:
Xtakut ISA ke dik?
weh aku suker doh post kali neh, sebab penyolong pas sangat fanatik, dan xboleh perfikir secara waras..hoho
ISA? ade pape yang saye tulis memungkinkan saye ditahan ke?
haha. tengok bola pun kibar bendera PAS. padahal bukan nik aziz atau hadi awang yang main. jurulatih pun tak. lain la kalo kibar bendera perak! ade khalid jamlus ngan indere putra kat situ. haha
ape nih ade comment moderation. tak kewl la hang..
orang2 pas maseh wujud ka? aku ingat dah takde dah. aku pon baru nak google pasal theresa kok. siot je aku sendiri boleh samar2 sapekah minah tersebut. nama die dah dekat2 dengan nama cikgu english kite dulu. cathy robertson.
eh haram tak dekat pon.
nuar, moderation for comments sangat diperlukan dalam blog aku.
aku penah dapat comment berbunyi "melayu babi" dari org yang tidak diketahui.
satu tulisan y bagus tanpa menggunakan perkataan yang kasar. Tahniah...
Bukan penyokong pas xsuke membaca akhbar perdana. Tetapi akhbar perdana dh telalu lebih berat sebelah. Ada x akhbar perdana menulis kebaikan tok guru... kalu kuar mesti yg buruk...
Pengalaman membuat penyokong pas sudah hilang kepercayaan...
Utk mengetahui hal sebenar, elok la berada negeri PAS betul (Kelantan). Jgn sekadar mendengar dan membaca. Tapi alami yg sebenarnya. Ape kite inginkan...
Sekarang ape yg berlaku di banyak negeri "menang sorak kg tergadai"...
Maka ujud la 1one M'sia
anonymous:
terima kasih atas respon. ya, tak dinafikan akhbar perdana ni tak menceritakan kebaikan tok guru. media kita milik parti politik. tapi, sekurang2nya, media perdana sudah agak longgar dan semakin berani menyiarkan berita tentang masalah UMNO dan ahli2 UMNO juga. pesalah2 rasuah UMNO pun didedahkan juga. inilah kematangan namanya. tapi, sepanjang saya membaca Harakah, tak pernah langsung nampak berita2 yang mengakui kesilapan sendiri. terlalu jelas pula nampaknya artikel2 dalam harakah berbaur politik dan tangkap muat. bayangkan, "LGE pakai seluar katok" dijadikan tajuk muka hadapan!
Rasulullah kata, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. tak pulak dikatakan "pergilah ke negeri China utk tuntut ilmu". maksudnya, tak perlu ke Kelantan utk tahu keadaan sebenar. inilah ajaibnya bahan bacaan, tapi perlu ditambah dengan pemerhatian dan penilaian.
tak perlu ke Kelantan, di KL pun sudah rasa seperti di Kelantan.
haha..
masih seperti dahulu wahai azri zahier...
pandai berhujah n berkata2...
haha. ye. masih sama. kau pun ape kurangnye gak.
john....gua mmg respek lu r....
mmg btol r pe lu ckap ni...org pas single minded...
kdg2 menyampah gak aku bile bersembang ngan dorg.....
pape pon....good post...
keep it up
yups..agk bernas...entry ni..tp sedikit kurang setuju ngan saudara.Bg saya mana2 parti tetap sama..bg saya saya sgt natural..tak menyebelahi mana2 parti..bg saya politik kita terlalu kotor..tp x sekotor di Indonesia mahupun India..Dengan korupsi disana sini.tp alhamdulillha kita masih aman..Pas atau Umno bagi saya pro n contra nyer adalah sama..di mana2 masing2 akan menentang parti lawan n mengiakan dan mengagungkan pemimpin mereka..tp apa yg saya nmpak dlm entry saudara seolah saudara juga adalah ahli UMNO.Itu bkn mslh besar.Oleh itu saudara juga harus buka minta n teliti satu persatu tentang penyokong2 yg terlalu obses terhadap parti mereka..saya juga boleh sertakan bukti bahawa ahli umo juga terlalu obses mencerca dan mengaibkan agama kita iaitu islam untuk memuaskan ati mereka..
http://www.facebook.com/MizzClumsy?ref=profile#/photo.php?pid=174211&id=100000150891617
"bg saya saya sgt natural..tak menyebelahi mana2 parti.."
mana boleh macam ini. kita perlu matang. jgn ambil pendirian tak suka dua2. maksudnya nnt, saudara adalah golongan yg tidak turun mengundi la.
Post a Comment