hehe

Wednesday, November 18, 2009

MESTI TONTON - PISAU CUKUR (karya agung)


sudah menonton pisau cukur?
belum?!
maka anda adalah golongan yang rugi!!

sebuah cerita yang sudah lama dimimpikan untuk dihasilkan oleh warga Malaysia akhirnya sudah menjadi realiti! dibarisi pelakon2 handalan dengan jalan cerita dan set yang mantap dijadikan resepi dalam penghasilan master piece ini sekaligus meninggalkan jauh karya2 Yasmin Ahmad malahan P Ramlee juga. cerita ini padat dengan lawak jenaka dan sesekali diselitkan dengan pengajaran, sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat!

kalau anda rakyat Malaysia, sokonglah industri filem nasional!

................................................................................................

sumpah aku tipu.

itulah olahan yang sering diberikan oleh wartawan2 hiburan untuk publisiti murahan filem2 tak berkualiti di Malaysia.
penipuan demi wang ringgit dan networking itu biasa kepada wartawan2 hiburan, mungkin.
dan seperti biasa, rakyat Malaysia boleh dikatakan wajib untuk menonton sebarang filem yang dihasilkan penggiat seni tanah air regardless ianya berkualiti ataupun macam sampah.

kita akan dikatakan tidak patriotik sekiranya menonton filem2 barat.
come on.
jangan jadikan ini sebagai alasan.
ia terlalu tradisional.

filem yang berkualiti, kalau dihasilkan oleh puak Hualapai di Grand Canyon pun, orang akan sokong.
filem ini adalah salah satu cabang seni.
seni ini tidak ada batasan.
kalau dah bodoh tu, semua orang akan kata bodoh.

maka, tektik kuno mengeksploitasi wanita2 cantik dan jejaka2 kacak akan digunakan.
set yang terlalu unrealistic digunakan dan assume rakyat Malaysia ini tuli seni.
dan diselitkan pak lawak yang sudah kekeringan idea itu untuk menambahkan rencah.
lawak2 mengeringkan gusi ditabur2 begitu sahaja.
haha.

rakyat Malaysia ini masih baik.
kita masih menyokong filem2 bodoh dek diperbodohkan oleh media kita yang bodoh.
dan mungkin inilah sebab penggiat2 filem tak sedar diri dan perasan hebat serta syok sendiri ketika menghasilkan filem.
kalau rakyat Malaysia tak tengok, maka tak patriotik.
ni, haa..rakyat Malaysia yang tengok ni, dan pulang dengan hampa, tatkala orang lain tersenyum puas menonton 2012, tidakkah pathetic pula?
anda pula yang menghasilkan secebis karya bodoh ini apa?

...........................................................................................

jadi, wahai rakyat Malaysia, jika anda patriotik, boikotlah filem ini.
agar mereka sedar diri.
demi kelangsungan industri filem negara.

wahai penggiat2 seni tanahair dan wartawan2 hiburan, cukurlah kepala.
insaflah daripada menipu rakyat Malaysia.

dan pulangkan duit saya!!!

7 comments:

fabulous 5 said...

haha..
ko n topek sgt pathetic sbb x tgk 2012.
duit ko nanti suruh nana pulangkan ek..
hehehe

Anonymous said...

eniq : kalo x sbb ak n tqah n nana,ko xkn tgk cte tu n ko xkn post entry ni.gud job bfF!~
haha.tp sumpah bodoh cte ni.... :(

cucunenekkebayan said...

tapi aku pelik.
ade jugak orang yang bagi citer ni 5 stars!
kite yang pelik atau mereka yang pelik atau cerita ini yang buat kita pelik?
oh my gucci!

wynn said...

..... and i thought i was the only one ^__^"

well said dear!

cucunenekkebayan said...

wynn: haha. yes! ade penyokong!

blacqueD said...

Cite yang aku xkan tgok, sumpah!!
newai, nice blog..
tumpang lalu..

cucunenekkebayan said...

thanks!