dadah.
menyebabkan ketagihan dan merbahayakan kesihatan.
kesannya, kepada diri sendiri dan seluruh komuniti.
kerajaan telah mengharamkan dadah dan melabelnya sebagai musuh negara.
namun, industri dadah masih hidup, tidak sudah-sudah.
jutaan ringgit nilainya.
yang tak isap dadah, boleh jadi tukang transit dadah.
majoritinya, gadis2 ketagih duit dadah dan sembang manis penagih2 dadah yang juga menagih dada.
harga dadah sangat mahal di pasaran hitam.
sebab permintaan mengatasi penawaran.
sangat mahal, tapi permintaannya sangat tinggi.
bukanlah bermaksud penagih2 dadah ini kaya raya orangnya. tidak.
tapi sebab ketagih, berapa pun harganya akan diusahakan juga.
buat la mcm mana pun.
maka, merompaklah si penagih.
meragut bagi yang kurang professional.
....................................................................
rokok.
menyebabkan ketagihan dan merbahayakan kesihatan.
kesannya, kepada diri sendiri dan seluruh komuniti.
namun, kerajaan tidak mengharamkan dan melabelkannya sebagai musuh negara kita.
kerana nilai idustrinya juga berjuta-juta.
tidak nampak begitu jahat kalau kerajaan menghisap keuntungan daripada penjualan rokok yg merbahaya ini.
kerana ini rokok, bukan dadah.
maka, untuk menampakkan kerajaan kita prihatin terhadap kesihatan rakyatnya, harga rokok dinaikkan setiap tahun.
ketika pembentangan bajet, yg lain bersorak gembira, perokok-perokok gundah gulana memikirkan kebajikan mereka tidak dijaga.
perokok-perokok juga rakyat dalam 1Malaysia. mereka juga boleh mengundi.
paling bodoh, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan harga rokok sekotak 20 batang menjadi rm30! mungkin dicadangkan oleh tauke2 kilang rokok kepada persatuan paling bising ini.
baik.
rokok ini satu ketagihan.
perokok-perokok akan membelinya walaupun berapa harga rokok itu.
ketagihan rokok bukanlah mudah untuk dirawati.
bukan dirawat dengan mengeluarkan wang ringgit.
bila sudah ketagih, tetap akan beli rokok.
tapi, nanti harga rokok akan jadi SANGAT mahal.
jalan mudah untuk mengatasinya, dengan menggunakan method yang sama dengan penagih dadah, mungkin.
tidaklah sampai merompak atau samun bersenjata, mungkin ragut atau mencuri.
pokoknya, nak menyelesaikan masalah menghisap rokok kerana kononnya caring, terus menambahkan masalah yang lain pula.
ibarat tikus membaiki labu.
tapi ini tikus bijak yang sengaja rosakkan labu, supaya dapat isinya yang lebih menguntungkan!
..............................................................
mengapa mereka merokok, itu soal lain.
yang pasti, penyelesaian menaikkan harga, tidak akan berkesan.
.............................................................
suatu ketika dahulu, arak dibolehkan kepada umat Islam.
sebelum turunnya ayat mengharamkan arak.
sekarang ini, peminum2 arak dikurangkan bilangannya dengan drastik setelah pengharamannya.
daripada semua orang boleh minum, kepada hanya bukan Islam, artis2 dan ahli2 politik tertentu sahaja.
mungkin method terbaik ialah dengan mengharamkan terus penjualan rokok kepada semua.
ye, mustahil bunyinya.
jadi,
jangan banyak bunyi!
4 comments:
Whatever it is.. U have to quit smoking.. Klu x bye2
terima kasih atas dorongan dan sokongan!
kalu niat dah ada, insyaAllah..akan berhentilah..tapi jgn skadar niat tanpa usaha yer encek...
niat ada, usaha pun dah ada. cuma hasutan syaitan tidak dapat dipatahkan lagi.
Post a Comment