hehe

Tuesday, December 29, 2009

peguam.

waktu aku kecik dulu, aku banyak cakap.
suka sangat bercakap.
ade je benda nak cakap.
sampai aku letih dan rimas dengan perangai sendiri.
aku main cakap je ape aku rase nak cakap.
maklumlah, budak-budak.

pakcik-pakcik dan makcik-makcik ramai yang kata aku boleh dan layak menjadi peguam bila besar nanti.

................................................................................

aku sudah besar dan tidak pun menjadi seorang peguam dan aku sangat bersyukur.
sebab ramai (walaubagaimanapun, bukan semua) peguam di Malaysia dan pertubuhan mereka adalah sangat bodoh, menjengkelkan dan menjijikkan.

disebabkan mereka selalu ingat merekalah yang pandai bercakap, mereka akan selalu membangkang.
sebab, kalau mereka menyokong, mereka hanya perlu kata "saya sokong" dan tidak menampakkan mereka hebat.
namun, sekiranya mereka membangkang, pasti akan ada hujah sokongan dan ia pasti menampakkan kehebatan mereka yang banyak membaca ini.

apa sahaja yang dibuat akan dibangkang.
terbaru, pasal siasatan SPRM selepas waktu bekerja.
terlalu jelas motif bangkangan yang berkepentingan ini.
apa sahaja akan dibangkang, sebab itu ramai peguam adalah ahli parti pembangkang.
memang tipikal pembangkang di Malaysia begini.

...............................................................................

sebenarnya, ciri-ciri seorang peguam begini sudah boleh dilihat ketika mereka belajar di universiti lagi.
mereka akan sedaya upaya menunjukkan 'kebolehan' bercakap ini di mana-mana.
lebih-lebih lagi di hadapan pelajar fakulti lain ketika kelas-kelas luar fakulti undang-undang.
apa yang pensyarah cakap, akan dibangkang oleh pelajar undang-undang ini.

cara pakai dan hidup pelajar undang-undang di universiti pun berbeza dan boleh dikenali dari jauh.
seksi, rambut warna-warni, perempuannya merokok dan kaki mabuk.
sedaya-upaya mereka cuba untuk tunjukkan yang fikiran mereka adalah bebas dan bersih daripada pengaruh luar demi menjaga kesucian undang-undang yang adil itu.

sampaikan, kewujudan tandas dua gender (pondan) diperjuangkan oleh sekumpulan pelajar undang-undang di sebuah universiti tersohor di ibu kota.

...............................................................................

mari kita sama-sama bar itu Bar Council.




3 comments:

Anonymous said...

huhu...yeke budak law camtuh???
tak tau lak....

putri rase,
sesetengah peguam masuk pembangkang bkn sbb diorang suke membangkang....tp sbb diorang ade ilmu perundangan n tau selok-beloknye....dari situ diorang ley nampak la ape yg betul n salah,ape yg patot n tak...

tp tu sume bergantung pd persepsi individu tu la kan???


urmmm....ramai sgt ke lawyer dlm pembangkang???huhuhu...

sekadar bertanye...

cucunenekkebayan said...

sangat ramai lawyer dlm parti itu. sangat. malah, ketuanya juga lawyer.

mereka pembangkang sebab mereka tahu mane betul dan salah? takkanlah semua yang kerajaan buat tu salah. dan adakah seorang yg belajar undang2 saje tahu menilai yg mane betul dan salah? adakah bila mereka belajar dan mahir undang2, maka mereka tidak akan melakukan kesalahan?

sekali lagi, bukan semua budak law mcm tu. bukan semua.

Anonymous said...

adekah mereka mengatakan SEMUA yg kerajaan wat tu salah??mungkin terlalu banyak kesalahan hingga sesetengah pihak merasakan bahawa KESEMUAnya yang dilakukan kerajaan itu salah..

bile mereka mahir undang2,tidak semestinya mereka tidak melakukan kesalahan...tp mereka tahu bahawa itu salah jika mereka buat..

bukan org yg blaja undang2 SAHAJA yg tahu menilai...org lain pon tahu menilai..tapi mereka ni patutnya lebih tahu menilai kerana mereka ade ilmu tersebut..

skali lagi,hanya ingin menimbulkan persoalan..bukan menujukan kepada sesiapa.. :)