hehe

Thursday, June 24, 2010

Penjara Pudu

aku mengutuk keras tindakan kerajaan Singapura dulu.
sebab mereka robohkan sebuah stadium lama untuk pembangunan komersial.
tapi, penjelasan mereka masuk akal.
sebab di Singapura, tidak cukup tanah.
laut ditambak, kubur bertingkat-tingkat.

.....................

rupanya, Penjara Pudu yang sudah berusia 115 tahun di Malaysia pun dirobohkan juga.
tapi bukan sebab tak cukup tanah.
bukan sebab tanah.
ini sebab tamak.

.....................

memang la.
penjara bukanlah tempat yang manis untuk dikenang.
baik kepada penghuninya, mahupun ahli keluarga penghuninya.

tidak seperti sebuah stadium.
tempat kita raikan kemenangan.
tempat kita bersorak kegirangan.

tapi ini bukan sekadar penjara.
ini Penjara Pudu.
tempat Botak Chin.
dan ramai lagi penjenayah yang paling merbahaya.

......................

jangan lihat penjara itu sebagai hanya sebuah penjara.
nilai sentimental lagi tinggi daripada nilai komersial.
Penjara Pudu ini lambang kesejahteraan negara.

kenapa tak dirobohkan sahaja A Famosa?
itu lambang penjajahan.
itu juga lambang kejatuhan kita!

.....................

bagi aku, lokasi Penjara Pudu di tengah-tengah segitiga emas itu sangat ironik.

di situlah tempat manusia yang terpaksa mencuri kerana kesempitan hidup.
dan di situ jugalah tempat orang berbelanja mewah seumur hidup.

di situlah tempat manusia terus mengejar kehidupan,
dan di situ jugalah tempat manusia menanti berakhirnya kehidupan.

.....................

di penjara, ada tembok yang menghadkan pergerakan.
segalanya di bawah kawalan.

robohnya tembok penjara itu adalah lambang robohnya kawalan tingkah laku manusia dalam mengejar kekayaan.
segala tindakan untuk kemewahan jadi bebas.
jiwa perompak, penyamun, perogol, pembunuh akan meresap dalam diri.

selicik perompak,
sekental penyamun,
sebangsat perogol,
dan sekejam pembunuh; emas di segitiga itu akan dilombong!
kita hanya duduk terlopong.

.....................

aku seru roh Botak Chin dan kawan-kawannya menghantui manusia-manusia tamak ini.

"Botak Chin, ini hadiah untuk anda dan rakan-rakan. Sel-sel penjara ini tak lama lagi akan jadi hotel dan pangsapuri. menginaplah di mana-mana bilik yang kamu suka. tilam empuk, penghawa dingin dan kolam mandi menanti anda. nikmatilah,"

9 comments:

Diyana said...

aku suke statement ko lah john
aku sokong pe yg ko ckp!

cucunenekkebayan said...

thanks.
tapi dah terlambat.

Anonymous said...

ak rasa dr majukan tapak penjara baik siapkan plaza rakyat dulu...kalau dy blh buktikan projek plaza rakyat berjaya maka projek pembangunan UDA dekat tapak penjara pudu ni br boleh berjaya ni plaza rakyat dh berapa tahun terbengkalai

cucunenekkebayan said...

betul2.

diorang terlalu percaya concept development Central Business District tu. sume nak kat pusat je.

diorang ingat, kalau kat kawasan segitiga emas tu, ko bukak la kedai jual gelang getah pun, mesti laku.

T-QAH said...

AD KE ORG NAK SEWA BGUNAN KAT KAWASAN TU??

ORG NAK SEWA PUN PK 2 3 KALI.. SBB MMG AKAN BERHANTU.. TEMPT HUKUM GANTUNG SUME JADAH KOT.. SETAU AK GOLONGAN2 CINA PENTINGKAN FENG SHUI.. BERANI KE DORG NAK SEWA OR BELI BEKAS TAPAK HUKUM GANTUNG?? "IN MACAM BOLEH HILANG ONG, BOLEH BAWAK SIAL"..

DEPAN PUDU TU JUGAK KITA PNAH BERIKRAR RUKUN NEGARA.. HAHAHA

Kahuna said...

yang projek istana baru tu ape cite? diorang kate balairong seri kat istana sekarang tak cukup besar, so kene buat istana baru 800 juta hengget kat jalan duta.

pada aku, kalau balairong seri tak cukup besar, besarkan la. tanah keliling istana tu punye la luas. kene buat istana baru ke?

pastu komplen duit negara tak cukup, malaysia bangkrap la hape la. cam cilake.

cucunenekkebayan said...

tikah: tempat hukum gantung tu fengshuit terbaik. haha

nuar: sama la mcm masjid. masjid negara nak ubah suai, boleh buat masjid baru kosnye. ni nak renovate istana. tapi istana mmg mahal. sbb material sume lain. pastu atap wajib bocor la. dinding wajib retak.

projek kerajaan je mesti ratus2 juta la. baru gempak.

p/s: ko kene g putrajaya. banyak gile masjid besar2, mahal2. masjid besi pun ada. risau nnt masjid lagi banyak daripada orangnya.

Unknown said...

inila dia, SATUUUUUUU...

MALAYSIA!!!

Anonymous said...

jangan anak2 dan saudara kamu sudah yang menginap di salah satu bilik itu nanti.

sebab itu doa kamu,