hehe

Monday, June 7, 2010

UM: Universiti Mahal.

semua mak bapak nak sangat anak mereka masuk universiti.
kalau boleh nak anak mereka masuk universiti ternama.

tapi sebenarnya, ramai mak bapak yang tak fikir tentang masalah besar yang akan menyesakkan nafas mereka.
masalah yang datang sebulan sekali.
masalah yang sebenarnya, anak mereka benar-benar fahami.
masalah ekonomi.

.....................

banyak mak bapak tertipu dengan PTPTN ni.
mereka ingatkan, kalau dah dapat PTPTN, maka poket mereka akan selamat.
tidak perlu menanggung anak mereka lagi.
kalau di UITM, dengan yuran rm500 setiap semester, makan percuma, penginapan percuma dan PTPTN rm3500, maka sangkaan mak bapak itu adalah benar.
anak mereka akan hidup mewah.
malah ada yang mampu beli kereta dengan duit PTPTN.

.....................

tapi, tidak di UM.
demi Allah tidak.
sumpah.

kalau dapat full PTPTN pun rasanya tak cukup.
apatah lagi yang dapat half.
atau suku.

bayangkan, kalau tak dapat langsung!
bukan sebab kaya, tapi masalah teknikal dan birokrasi PTPTipu itu.

.....................

di bawah ini adalah pecahan perbelanjaan pelajar di UM, Fakulti Alam Bina.

PTPTipu = rm 3500 (full loan)

yuran kolej = rm 1200

yuran akademik = rm 1200

total = rm 2400

baki = rm 1100

....................

print, fotostet, binding, drawing, assignment (kos pengangkutan dan mendapatkan bahan) dan lain2 untuk satu semester

= rm 500

....................

allocation untuk sebulan (rm 600 / 4) = rm 150

sehari = rm 5.00

....................

lunch (tidak sarapan) = nasi putih, ayam, sayur, sirap = rm 5.00

dinner = pasir, air hujan = FREE.

....................

jadi, mak bapak jangan la benci bila anak yang belajar di UM ni selalu mintak duit.
adik beradik yang lain pulak, jangan la nak dengki kalau abang, kakak atau adik anda dapat duit poket lebih.
tolong la faham.
hidup pulak kat tengah-tengah Kuala Lumpur ni, SEMUA benda mahal.

percayalah, tak ada anak yang suka mintak duit kat mak bapak.
percayalah, anak-anak ni dah besar dan faham sangat masalah mak bapak.

tapi, kami terpaksa.

....................

jangan sampai anak-anak terpaksa kerja pada waktu malam.
takut nanti terjejas pelajarannya.
atau, lebih teruk lagi, jangan sampai anak-anak jadi penjual dadah, gigolo atau GRO.

bukan sebab nak hidup mewah.
tapi sekadar nak hidup dan belajar di universiti ternama ini.

8 comments:

Paklahh said...

John..aku lg sedih john..yuran kami lg mahal..printing jgn ckp la..tp2 2mggu mau la rm100..final project each sem telan jugak la dlm 1500-2000..itu yg kdg2 nk beli deodorant pon pikir byk kali..haha..tp aku nk msk um blk ni..mungkin xdpt ptptn dah lps ni..huarrrr..!!!

cucunenekkebayan said...

paklah: betul. budak archi lagi la bnyak belanjanye. korang kene mintak sponsor rexona la aku rase.

hmm. sem lepas, aku ade subjek IP (integrated project). group aku kene pegi Langkawi. setiap sorang kuar belanja dalam rm600-800 la. itu just untuk satu subject tau. ade yang kene g terengganu, johor.

dulu berat aku 82.7 kg. skang ni tinggal 52 kg je semenjak masuk UM.

tenta puteh said...

ape boleh buat..sbb tu budak archi rela berkampung dlm studio sekadar nk save duit dari mmbayar kos penginapan di kolej2...

cucunenekkebayan said...

kene tukar tajuk la mcm tu.
UM: Universiti Membebankan.
haha

Anonymous said...

3 tahun belajar kat UM, mmg perit. ramai student belajar di sini buat part time di luar. projek banyak makan duit student. cuba review brapa kos pembangunan2 baru dalam UM. 300juta? 400 juta? rasanye lebih...

tqah said...

UM-universiti MALAS.

punye la lembap dalam suma hal~~

Anonymous said...

UM teramtlah mahal, yuran byk mengarot, kalo cek betul2,bayar benda yang kita x guna, mcm makmal,bengkel, kertas kononya, byk bg free kat lecturer nak wat jamuan jer kot, lecturer pon skit, parking isu lagi, kalo tgk U luar, student 1st bukan lecturer 1st, UM=university of Money!$$$, bengang giler ah ngan UM!

sapik said...

cita2 aku dulu nak masuk um.....ahahaha
nasib baik la kat uniten ada MARA....senang seket idop