hehe

Thursday, August 12, 2010

UM: Universiti Mangkok

aku turun LRT di stesen universiti waktu panas terik, jam 12.00.
berjalan kaki hingga ke bangunan yang ada CIMB, menurut arahan yang tertera dalam laman web.
pejabat bendahari la tu.

puas aku mencari tapi masih tiada tanda-tandanya.
tak nampak pun orang ramai beratur panjang.
tak nampak pun longgokan jubah berwarna biru gelap.

nasib baik ada seorang kakak ni tanpa disuruh, bagi tahu aku yang tempatnya sudah ditukar tanpa dimaklumkan; di dewan peperiksaan.
carutan pertama di bulan mulia sudah mula diucapkan.

aku berjalan lagi.
kali ini perlu mendaki anak tangga, dan bukit kecil di bawah panahan mentari.
peluh sudah mula menjelajah seluruh tubuh.

syukurlah dalam dewan peperiksaan ini ada pendingin hawa.
tapi, kejap sahaja rasa sejuknya.
panas satu badan bila dimaklumkan, perlu ke pejabat bendahari untuk membayar denda RM5 kerana lewat memulangkan jubah.
kemudian, bawa resit itu untuk disahkan di bangunan peperiksaan.
baru aku boleh ambil skrol.
carutan kedua dihamburkan, tepat ke batang hidung pakcik gigi rongak itu.
diikuti carutan tidak terkira selari dengan bilangan langkah ke pejabat bendahari.
perlu pantas, sebab kaunter pemulangan jubah akan ditutup jam 1.30.
maka, makin pantas carutanku.

ini trip 'pejabat bendahari-bangunan peperiksaan' aku kali ketiga.
aku sempat mengejar masa yang ditetapkan.
cuma yang aku risau, aku perlu pulang ke office jam 2.
itu janji aku pada kak normah.

selesai menunjukkan resit, diulang, MENUNJUKKAN resit, maka aku disahkan boleh mengambil skrol di seksyen peperiksaan.
tak jauh dari situ.
tapi, carutan seterusnya milik pintu kaca bertulis 'closed'.
aku tunggu sampai jam 2.05, baru ada orang yang bernyawa di depan kaunter nombor 3, untuk fakulti alam bina.

peluh, usah kira.
habis basah baju, seluar dan boxer.
kepala pening.
tapi, kepenatan mengambil skrol tidak termasuk dalam ruksah puasa.

tak apa.
semua ini akan terbayar dengan skrol degree aku.

........................

"dik, sila pergi ke perpustakaan. adik ada hutang rm1.40. pastu datang sini balik, ye"

kimak tak?

........................

dan carutan berterusan sampai ke saat ini...

















p/s: aku bawak kereta sebenarnya. yang naik LRT tu hanya imaginasi aku je. untuk kurangkan kemarahan aku, aku bayangkan orang lain yang lagi teruk kena. tapi tak berapa berjaya la. UM BODOH BAHALOL KALDAI UNTA

17 comments:

sapik said...

hahaha tu yang aku heran apsal ko naik lrt....mane savvyghini ko kan....


lols....apsal bangang sangat dowh um...bnyak giler step nak setel bnde mudah jer pon...utang rm1.40 sen pon nak berkire ker....hahah nasib baik aku x masuk UM lols

Anonymous said...

haha...nice one...tp...xrisau ke post2 cam ni? skrg dunia da maju...apply keje kadang2 xtengok resume, tgk fb je...budak ni ok ke x...suke mencarut ke x...kaki clubbing ke...ermm..ade kes, worker kene fired sbb carut boss dalam fb...ade gak kes, pompuan ni accident, xdapat claim insurans...sbb agen penyiasat insurans tu tgk fb dia, dia baru pas clubbing masa accident tu..huhu...apa2 pon, bkn nk blame or attack, cuma kagum dengan keberanian melontarkan pendapat...huhu... *dun worry, u r still my idol n inspiration... (haha..msti xsangkakan ko bole jadi sumber inspirasi oeg...)

...salam ramadhan...

cucunenekkebayan said...

haha. tu la. bodoh gila UM ni sebenarnya. cuba la di sistemkan hutang2 ni. sbb, sebenarnya aku dah semak baki hutang pun. mmg dah licin aku bayar. kalau tak, aku takleh konvo.

tibe2, ade lagi rm1.40. bodoh nak mampos UM ni.

yuran 'senyap-senyap' beratus ringgit tu tak fikir lak kan? hutang singgit berkira!

t-qah said...

hahah.. kesian. tp ak melalui bnda yg sama jugak! so kesian kat diri sendiri.

gambar ko da amik x????

cucunenekkebayan said...

anon: memula tak takut. tapi skang dah takut bila ko ckp mcm tu.haha.
takde lah. aku rase, better my future employer bukak fb aku,or blog aku ni. baru diorang tau siapa aku sebenarnya. sebab time aku g interview, aku takleh jadi diri aku. so, aku tak perform la time interview tu kena berlakon-berlakon.

aku takde simpan gambar bogel aku dalam fb/blog. mak aku pun rajin baca blog aku ni. so, tak jadi masalah kot. melain la aku apply kerja kat jabatan agama islam. haha

jgn jadikan aku idola ko, ramai yg lebih bagus. malu~

cucunenekkebayan said...

tikah: gambar dah amik. gambar lagi bahalol. tgh pejam mata. aku tgk bukan main ramai dekat 10 org jurugambarnya. takkan itu the best shot kot. 10 org jurugambar amik 2-3 kali snap. takkanlah 20-30 gambar aku, sume ngah pejam mata? pastu gambar lagi satu goyang lak. nak suh aku beli juga gambar goyang tu. sial la.

Anonymous said...

haha...ermm...xyah malu2..haha...
ramai yang lebih bagos...definitely..haha..tp u r different...n ko jadi idola aku, so ko pon antara yang bagos la... :)
owh..how i wish u r still in debate arena...n lame gler xtgk u berdebat...btw, even if u n da legend abg ali da xde..i still support UM...somehow, I think UM is really good n awesome..walaupon bnyk team baru yg hebat2 gak..tp masa DAS ari tu...ermm...kagum gak bile da smpai semi...walaupon bnyk gak team yg hebat...ur juniors got potential..

t-qah said...

meh ak tlg jawab.

[may be yg amik gmbr tu cameraman um. bukan dorg nye.]

itu jwpn yg ak dapat bile ak tnye! *sigh*

nourelcahaya said...

congrate! dh konvo..dugaan bulan puasa..byk2 kan bersabar..

sapik said...

haha anon...aku rase kalau bace blog ni employee pon x kesah...lain la kalau dier die hard fan um ahahahaha tol x john?

Diyana said...

hihi..
ohh...sukar sungguh perjalanan ko nak ambik skroll..
penuh berliku2..
nasib baik USM punye sistem mudah..segala kaunter pulang memulang,hutang piutang dan ambil mengambil diletakkan dalam kwsan yg sama..xperlu melalui perjalanan berliku2..

pe2 pn..congrat ea..

Anonymous said...

hier...
mak baru baca.... ada masa kat hospital ni..
km tu lahir dari mak abah yang juga graduan UM [apa2 nak sebut pun tak pe le.....]
tapi tak sedap perut betul bila banyak sangat bab-bab carut mencarut yang 'tersebut' keluar dari mulut...
itu semua sebenarnya ujian kesusahan sebelum diuji dengan ujian kesenangan

Anonymous said...

nak menambahkan ingatan...
pantun nenek moyang..

yang kurik itu kendi,
yang merah itu saga ,
yang keras itu takal,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa,
yang tangkas itu akal.
....sesekali pantun lama ni perlu jadikan pegangan....

mak,
dari katil HRPB, Ipoh.

reader said...

what a sad story, api benda ni tak jadi if you in the first place baca betul-betul umconvo website tu. I baca ok je dan faham yang pada 9-11 ogos pulang jubah kat dewan peperiksaan dan after that kena pulang kat bangunan canselori berhadapan CIMB dan bukan dekat CIMB. next time read bro.

cucunenekkebayan said...

reader: eh, aku dah baca la. itu sebab aku pegi canselori tp takde kaunter yg disebut dlm website um tu. bukan aku sorang time tu. dekat 7-8 org gak la. kalau ko baca betul2 apa yg aku tulis dlm blog ni, ko akan paham. next time read bro.

Anonymous said...

bkn ape....klau dah kata UM mangkok...bekas pelajar pun same mangkok....so...same2 mangkok...:)

Anonymous said...

akupon nak sumpah bendahari UM kat sini. mangkok hayun tul, rasa nk bakar jer bangunan canseleri yg baru siap tu. ape yg istimewa sgt la bendahari UM, setakat jabatan je la penting tp staff x efficient lgsg. membara je hati aku kalau berurusan ngn dorg.