hehe

Monday, September 2, 2013

KENAIKAN HARGA MINYAK: KERJA ROSMAH.

Sebelum makian dan carutan nak dilemparkan kepada aku, biar aku jelaskan yang aku bukanlah golongan kaya, memandu kereta mewah ataupun anak angkat kepada Rosmah.

Jauh sekali aku memiliki stesen minyak. Aku juga tidaklah taksub kepada BN. Anda semua boleh rujuk posting-posting terdahulu dalam blog ini before you call me macai.

Kalau nak maki aku juga, pergi mampus sama kaulah.

........................

Minyak naik 20 sen.
Aku kira-kira balik. Memang akan menambahkan kos sara hidup aku.
Sebab aku travel melebihi 2,000km SETIAP BULAN.

Kos perniagaan aku juga pasti meningkat.
Aku juga menanggung sebuah van, sebuah 4WD dan beberapa mesin/traktor di ladang aku.

Cilaka Najib, Rosmah dan anak-anak?

Tidak.

.........................

Aku terus tanya abah dan emak aku masa mereka mula-mula pakai kereta.
Minyak tak sampai seringgit/galon kata mereka.

Sepanjang berpuluh tahun, harga minyak akan, mesti dan pasti naik.
Takkanlah kita expect harga semua benda akan kekal selamanya macam awal merdeka?
Ko masih cari karipap harga 2 sen?

..........................

Macam ni la.
Ini tanda-tanda negara kita menuju kemajuan.
Negara maju mana dalam dunia ni yang kos sara hidupnya macam negara miskin?
Sama juga macam kita tinggal di KL dengan tinggal di Kg. Gajah.
KL, maju. sewa rumah teres RM1,500. Lunch seorang RM10.
Kg.Gajah tak maju. sewa rumah teres RM300.
Makan 2 orang boleh dapat RM10.

Orang kita ni, nak negara maju.
Tapi hidup nak senang lenang, barang murah, dapat BR1M, pendidikan percuma, kereta murah, gaji tinggi, minyak 50sen.

Ko pergi sekolah, dalam beg bawa sekeping buku je.
Lepas tu bodoh.

Orang lain pergi sekolah sampai senget bahu angkat beg penuh buku sebab banyak belajar.
Lepas tu jadi pandai.

Ko marah?

Inilah kos sampingan yang terpaksa kita tanggung untuk mencapai sesuatu.

............................

Ramai yang cakap bila harga minyak naik, harga roti canai pun naik.
Katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu mengawal kenaikkan harga ni.

Haha. Kementerian mana nak bertanggungjawab mengawal harga siling roti canai, kuih gelang dan kuih taik itik? Mudahnya hidup!

Nampaknya kerajaan kenalah buat satu kementerian khusus untuk mengawal pemikiran masyarakat macam ni. Menterinya, aku.

............................

Ini sudut pandangan aku la.
Kita kena stop merungut dan menyalahkan orang lain.
Ini semua cabaran kepada kita untuk diatasi dengan tindakan bukan dengan mulut.
Macam mak abah kita dulu la.
Berapa kali harga minyak naik?

Aku bercita-cita nak memandu kereta mewah.
Pergi mampus la harga minyak naik ke, harga kereta mahal ke, aku tetap nak beli juga.

Sebab itu aku bekerja macam tiada hari esok.




























Tuesday, May 7, 2013

Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan

mari kita bincang pasal kebodohan pula.

1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko menang majoriti 20,000-40,000 boleh percaya ke? mak tiri ko menang majoriti 60,000 pun pakai kotak undi luar hantar pakai helikopter? apa pekak sangat telinga ko tak boleh dengar helikopter terbang atas pusat undi?

2. menang sebab undi bangla? eh, ko ingat BN menang majoriti 2-10 undi?? berapa banyak bangla korang tangkap? ade dapat 1,000 bangla kat satu tempat mengundi? kalau menang macam Dato' Tajuddin tu 7,000 majoriti, takkan bodoh sangat ko tak boleh nak nampak 7,000 bangla beratur mengundi? satu kampung boleh bau ketiak laaaaa.

3. ada indon undi 2 kali? buktinya jari kiri dan kanan ada kesan calitan dakwat biru. aik? bukan abah ko kata tenyeh pakai sabun mandi pun boleh hilang ke? kenapa indon tu dan petugas SPR sengaja nak kantoikan diri pergi calit kiri-kanan? kenapa indon tu tak cuci pakai sabun dan kemudian keluar mengundi balik?

4. kenapa bangla? kenapa tak cina dari china? kenapa tak orang indonesia? kan lebih mudah nak tipu. kalau cina tu, muka pun sama penyek je. kalau indon tu, sama je macam muka orang melayu. siap boleh cakap melayu lagi fasih daripada cina malaysia lagi! kenapa banglaaaaa?????

5. ok lah. KATALAH, betul isu BN terbangkan 30,000 bangla naik 4 pesawat tempah khas. BN sanggup bersusah payah, dengan risiko kantoi lagi, dengan kos tinggi, dengan pelbagai-bagai masalah, tapi demi nak menipu PRU, BN sanggup!! takkanlah Pakatan Rakyat tak sanggup nak upah seorang dua bangla RM1,000, bagi ic palsu, calit jari dia dan suruh dia berlegar-legar di kawasan pembungan undi. bila ditangkap, ajar dia jawab "ini BN punya kerja". mana lagi mudah nak buat??

6. apa ke bahalol wakil parti daripada PR? mengulat? makan gaji buta? pergi meliwat? melayan perempuan simpanan? waktu proses undi tu, wakil parti PR tak boleh nampak penipuan? nama aku dipotong pada EMPAT senarai berbeza. takkan la tak perasan.

7. Di Putrajaya, beribu orang kerajaan yang sokong PR. mereka elok sahaja mengundi Husam Musang. sama juga dalam SPR. MESTI ada penyokong mereka. takkan la pengundi PR yang berkhidmat di SPR tengok saja kalau berlaku penipuan?

8. isu dakwat kekal. adakah itu satu-satunya mekanisma mengenalpasti pengundi? ic? senarai nama? no saluran? tapi, sebab itulah penggunaan dakwat kekal ni dicadangkan oleh ahli cerdik pandai PR. sebab mereka tahu yang dakwat ini mustahil akan kekal dan akan menimbulkan keraguan, pertikaian orang. memang inilah yang mereka mahukan. isu ini adalah sebahagian daripada persediaan mereka bila kalah PRU13.

******************

macam ni lah wahai golongan tak faham bahasa ni. terimalah kekalahan walaupun pahit. ya, aku akui. memang nampak sokongan berat kepada PR. Bilangan undi pun lebih banyak. tapi itulah kelemahan (kecantikkan) demokrasi. keputusan mewakili kehendak kawasan setempat.

Sebab itu aku tergelak kecil melihat budak-budak kampung (Kg.Gajah) beria-ia mengangkat sepanduk turunkan harga kereta dan hapuskan tol. berapa banyak kereta atuk-atuk dan opah-opah tu nak beli? baik mereka beli gigi palsu. sebab itu juga membuktikan, kenapa manifesto tak logik populis ini hanya diterima di bandar-bandar.

******************

sudah jadi lumrah.

anwar cakap mahkahmah penipu.
mahkamah adalah alat umno.

tapi bila kes liwat dia menang,
kenapa diterima pula keputusan menipu itu?

Anwar cakap PRU13 dicatur BN.
Berpuluh lagi kerusi PR menang,
bapak yahudi ko catur?




















UMNO VS DAP


Ingat tak ungkapan paling ‘cliché’ bila kita berbicara pasal survival bangsa Melayu?
“Melayu sama Melayu bergaduh, cina tepuk tangan”
Aku mengesahkan perkara ini benar setelah menganalisis keputusan PRU13.

Sebenarnya, pengundi cina berpegang kepada 3 slogan untuk mencapai 1 matlamat.

1.     Asal bukan UMNO/BN
Ini adalah paling jelas. Sebab itu dapat dilihat berlaku kekalahan teramat teruk oleh MCA. Majoriti menang pun meningkat mendadak. Waktu PRU12 majoriti 1,000 boleh jadi berbelas ribu kali ini.

2.     Undi calon cina
Mungkin ada yang kata cina hanya mahukan perubahan dengan mengundi DAP. Tapi kalau benar nak perubahan, kenapa orang cina tidak mengundi calon parlimen Tanjung Piai dan memenangkan MCA? Oh. Sebab DAP diwakili calon berbangsa Melayu.

3.     Tidak undi calon PAS (melayu)
Lakonan Lee Kwan Yu memakai songkok diulang sekali lagi apabila Lim Guang Eng mengumumkan untuk menggunakan logo PAS untuk mewakili calon DAP. Sedangkan beliau sudah lama tahu perkara ni mustahil. Ini adalah wayang untuk menagih kekaguman dan simpati orang Islam dan PAS. Akhirnya, ketotokkan penyokong PAS terbukti apabila mereka sanggup pangkah DAP, tapi org cina tidak sanggup memangkah PAS menyebabkan calon PAS banyak kecundang akibat kurang undi dari cina.

Gelang Patah, Bukit Katil dan banyak lagi tempat adalah bukti penolakkan total cina kepada orang Melayu dan BN. Sedangkan terlalu banyak kelebihan diberikan kepada kaum itu mengatasi “hak istimewa orang melayu” yang cukup dibenci oleh mereka.

Paling aku terkejut, Najib Razak sanggup berjumpa dengan Dong Jiao Zong, bapak perkauman tersohor yang selama ini menuntut pelbagai hak tidak munasabah untuk cina.

Tapi akhirnya, strategi cina untuk berkuasa tetap berjaya. Cuma, tindakan mereka pada PRU13 seharusnya menyedarkan orang Melayu khususnya penyokong PAS dan BN bahawa mereka bukanlah kawan yang setia.

Tindakan mereka secara terang-terangan ini juga sebenarnya akan merugikan mereka kerana perancangan mereka tidak lengkap apabila PR gagal menguasai Kerajaan Persekutuan. Sekadar ramai di Parlimen yang masih dikawal oleh Melayu UMNO!
Mahu berpatah balik? Sudah terlewat!

Tapi ini pengajaran untuk PAS. PKR memang padan muka la sebab mereka memang tiada halatuju. Tindakan PAS memutuskan untuk bekerjasama dan percayakan DAP ini telah menyebabkan ramai penyokong mereka ‘swing’ undi kepada UMNO. Harapan cina untuk mengundi mereka juga tidak mendapat sokongan. Akhirnya, PAS terus menelan kekalahan walaupun di era ‘kebangkitan rakyat’.

Aku merasakan, kalau PAS bergerak solo, keputusan pastinya jauh berbeza. PAS mangsa dajalan DAP, dan adik angkatnya PKR; sekaligus.

Kepada Barisan Nasional, sekarang ini jelas kemenangan anda adalah sumbangan orang Melayu. Walaupun kami diabaikan, dibangsatkan, dikemudiankan, undi kami masih tetap kepada BN. Orang Melayu memang dilahirkan dengan sifat hati yang lembut, pemaaf, menepati janji dan semangat setiakawan yang tinggi.


Namun, adat orang kalah.
Ada yang mula bising bagai “anjing menyalak bukit” (ini adalah peribahasa). Majoriti cina yang menulis ‘petition’ menjemput US untuk menyelesaikan ‘kemelut’ di Malaysia. Menjemput Ratu England untuk kembali menjajah Malaysia. Memakai baju hitam dan berkumpul dengan bendera Malaysia yang diterbalikkan.

Inikah bukti cina bersama kita ketika susah senang? Atau mereka pantas mencari Negara-negara lain untuk berlindung? Mungkin darah ‘pelayar tongkang’ dalam diri mereka tiba-tiba mengalir kembali.

Paling biadap, ketika pengumuman keputusan menunjukkan DAP menang banyak, ada yang sudah berani menyuarakan “Say goodbye to Malay privileges”. Sebijik macam tindakan bapak kandung mereka, Lee Kwan Yu dulu yang mahu menyapu Melayu.

Inikah bukti mereka ini benar-benar rakyat Malaysia yang mahukan keamanan?


Aku yakin.
Mesti kawan-kawan cina aku akan melabel aku bersifat perkauman. Tak kurang juga ahli PAS dan PKR yang masih belum tanggal ketotokkannya. Tapi bagi aku, lebih racist mereka yang sedang menyebarkan pelbagai artikel di facebook dalam tulisan cina. Aku juga memilih untuk menulis dalam tulisan rumi, bukannya jawi; untuk bacaan dan penghadaman semua.

Tapi anda semua perlu tahu desakan hati aku yang dah lama kecewa ini. Pilihanraya bagi aku cukup bersih.Tapi sayangnya, mainan politik di Malaysia tidak berjalan dengan sihat. Sentimen kaum masih menjadi senjata utama orang cina sedang mereka sendiri menuntut kesamarataan.

Ketika isu bangla mengundi, mereka begitu marah. Habis orang india, Melayu berdarah Bangladesh, kacukan Pakistan dipaksa bercakap dalam bahasa Malaysia, menyanyikan lagu negaraku dan membaca rukun Negara. Pernahkah mereka menguji diri sendiri terlebih dahulu? Rasanya, ramai yang “tidak layak” mengundi juga.

Apapun, PRU13 sudah berakhir. Keputusan sudah ada. Mungkin ini adalah kerja Allah menyedarkan sesama kita, Melayu dan Cina.

Kepada masyarakat cina, kami memang terasa hati, terluka dengan tindakan anda. Tapi kami bersifat pemaaf dan mudah lupa (sesuai juga digunakan pada situasi ini).

Kembalilah.
Kami masih memerlukan anda untuk mewarnai Negara berbilang bangsa ini yang sudah lama menjadi salah satu daripada ‘keajaiban peradaban dunia’.

Tapi tolonglah jangan jolok sarang tebuan. 
Itu sahaja.






Monday, April 1, 2013

Check And Balance

Lewat kebelakangan ini, ramai yang konfius dengan pegangan politik aku.
Ada yang menggelarkan aku sebagai 'lalang'.

...................

Jangan kita keliru.
Pegangan politik jauh sekali nak disamakan dengan pegangan agama.

Condong ditiup angin politik itu memang sewajarnya.
Itu resmi berpolitik.
Mereka (politikus) akan cakap/buat macam-macam untuk memastikan kita terlentok ke arah parti yang diwakili mereka.
Adalah normal bagi kita untuk cenderung kepada mana-mana penawaran yang dikira memenuhi selera, bertepatan kehendak dan selari dengan keadaan semasa.
Yang penting kita suka.

Kalau dibuat dalam beragama, kita wajib mati direjam.
Ini berpolitik.
Mereka paling tinggi jawatannya pun tetap manusia.
Bukannya tuhan yang disembah.
Hatta mereka alim ulama.

....................

Ini zaman baharu.
Zaman 'action speaks louder than words'.
Zaman dulu-dulu baru merdeka, orang kita takut nak memimpin dan dipimpin orang sendiri lagi.
Juga masih terlalu awal kita nak tentukan parti A atau B yang layak mentadbir.
Logiklah kita terus condong, lentok dan meleleh (basah merembes) hanya dengan hamburan angin dari tiupan mulut politikus-politikus sahaja.

Sekarang sudah lebih separuh abad.
Maklumat hujung jari.
Realiti depan mata.


Dulu zaman nenek moyang kita.
Kini kita juga sudah dewasa.
Mungkin kita sendiri pernah ditipu oleh politikus.
Atau kita sendiri pernah merasai ketidakadilan politikus.
Atau kita sudah punya otak sendiri?

Perlukah kita condong ke arah A hanya kerana nenek moyang kita pernah/masih melukut di situ?
Perlukah kita condong ke arah B hanya kerana kita risaukan masa depan anak cucu kita nanti?

Nenek moyang kita pernah diberi pilihan, kita perlu diberi kebebasan memilih juga.
Juga anak dan cucu kita.

......................

Kita pilih mana yang sesuai.
Sekarang ini adalah zaman dan model politik terbaik untuk Malaysia.
Walaupun matlamat tidak menghalalkan cara, tapi sekarang adalah yang terbaik.

Dulu, kerajaan kurang memandang masalah akar umbi.
PR datang dengan pelbagai manifesto populis macam harga kereta, ptptn, harga minyak, harga rumah, kontrak kerajaan, air dan banyak lagi yang jika tidak diselesaikan akan membawa imej buruk kepada kerajaan BN.
Maka, BN selesaikan.
Paling tidak pun, diambil tindakan sewajarnya.
Keuntungan, kepada rakyat juga.

Sebab apa kerajaan BN ambil pusing desakan-desakan PR?
Sebab sekarang ini suara PR sudah besar.
Mereka inilah "check and balance" kepada kerajaan BN.

Jadi, undi kepada PR juga bagus untuk meneruskan kelangsungan aktiviti "check and balance" ini.

........................

Janganlah kita terlalu mengharapkan sebuah negara yang ideal, suci, murni dan indah-indah macam disyurga.
Sebab rakyat dan pemimpinnya bukan malaikat, bukan juga para nabi dan sahabat.

Pangkah dan pasrah.









Thursday, January 24, 2013

Tujuh Tahun Dulu


Macam baru semalam
Saat tanganmu menadah doa
Saat itu jarum waktu bagai terhenti.

Aku dan mataku ralit memerhati
Tak sabar kuteroka hati,
Berhati-hati.

.............

Ada hati yang kita lukai
Ada pokok kutebang, tumbang
Ada bunga kauracun, layu
Ampun.

……….

Lama juga Tuhan pisahkan kita
Tapi aku tak pernah lupa.

Kemudian Tuhan temukan kita semula
Rupanya kau juga tak pernah lupa.

………..

Makin hari makin dalam rasa hati
Tujuh tahun dulu masih rasa panasnya
Ini pasti,
Sejati.

Moga Allah berkati
Rapatkan roh dan jasad kami
Dipisahkan hanya bila mati

Moga cinta 7 tahun dulu
Sampai langit 7 lapisan tembusnya
Sampai dikenang 7 keturunan kisahnya.

…………

7 hari lagi.








Mahasiswa Hari Ini : Tangan Kiri, Tangki Tahi

mahasiswa hari ini
masih sama macam dulu
macam aku
dan yang lain yg tak sebulu.

yang paling dipandang hebat adalah
yang paling 'berani' 'bersuara'
yang paling lantang 'mengkritik'
yang paling menentang 'haluan dan peraturan'
yang jadi tangan kiri.

bukan susah nak dikenali dan diangkat 'wira' generasi baru
turunkan bendera orang
mengamuk di forum orang
sembang dengan 'nada keislaman'.

kau ingat segulung ijazah yang BAKAL diperoleh itu
lambang segulung lembaran ilmu
walaupun belajar sastera di Malaysia,
ilmu politik, ekonomi Cuba dan Argentina fasih digunanya.

bila popular,
jadi alat, catur, tangki tahi ahlul politik negara
semuanya bukan sebab kau bijak
tapi sebab golongan ini paling mudah dipijak.

bersuaralah
berbincanglah
berilah cadangan
berilah ulasan
tapi jangan ingat kau seorang sahaja dalam dunia ini ada ilmu
dan jangan ingat dalam dunia ni kau seorang ada masalah..
kucing, anjing, ikan jaws dan burung juga ada masalah.

eh.
arrkk..arrrkkk...aaarrrkkk

buat adik-adik dan rakan seusia yang masih belajar,
belajarlah dahulu.
dunia universiti itu masih terlalu kecil,
sekecil akalmu.

sabar.
masa kau akan tiba.