hehe

Saturday, October 31, 2009

Melaka: Dunia Melayu, Dunia Islam. KONON!



Olga Praga, Natalia Laskwoska, Noor Diyana dan si bangla.

melaka, 23 oktober 2009, 3.34 p.m
......................................................................................................

"tauke, kedai ini ada halal ka?"

"halal. we don't serve pork! but we serve arak,"

"kasi coke satu. tak mau cawan,"

.......................................................................................................

bersidanglah pelbagai bangsa mengelilingi satu meja.
tp masih duduk di atas kerusi-kerusi yg berbeza.
ada melayu, cina, india.
malahan, ada warga amerika juga.
tp beliau menggelarkan diri beliau sebagai 'Malaysian-American'.
lantak kat hang la.

.....................................................................................................

"why la u so concern about halal food," tanya lelaki cina itu. giginya kuning.

"yala2. why la? it's just a piece of paper," tambah lelaki india pula. sambil menggayakan tangannya, seolah2 membuka sebuah buku. Al-Quran mungkin. mula2 disangkakan mamak, tp berdasarkan soalan beliau, beliau masih seorang macha. cuma tidak lagi bertambi di dahi.

"heh," ringkas respon Malaysian-American itu. ringkas, tetapi insulting.

......................................................................................................

"setiap orang berbeza. ade yg kisah pasal halal haram ni. ade yg tak. tp Islam ajar untuk jaga makanan kita. because, we are what we eat,"

"hahahahahahaa," ketiga-tiga mereka ketawa.
"lu tarak minum ka? tipu laaa..lu punya gaya aaa..mesti minum punyaaaa!!"

.......................................................................................................

"i am a businessman from New York. some of my clients are Malaysian muslims. Malaysian politicians too. they are muslims, but they eat what i eat. they drink what i drink. they will buy me an expensive drink to get the business! they are the politicians that ask you not to do this and that, according to the syariah law, but they do everything behind you. so, don't listen to them. just do it! you are still young,"

balas warga amerika itu. jelas sifat ke-amerika-annya. sambil mengusap2 gambar isterinya, cina malaysia berumur dlm 30-an dan beliau 70-an.
isterinya; sebab beliau tinggal di Malaysia.

......................................................................................................

"hey, u mau bilik ka? boleh tidur sama u punya awek. jangan risau punya," tawar cina bergigi kuning itu. sambil tersengih, menampakkan lagi kekotoran kesan tar yg terpalit di giginya. kuning dan kotor dan busuk.

"ini malam mau clubbing ka? saya belanja u la. minum sama perempuan! eh, u sudah ada gf la. next time, when u come here, jangan bawak itu gf la. datang satu orang. i kasi free sama u," giliran si india mengemukakan tawaran. berlumba-lumba mereka menjadi tangan yg menghulurkan bantuan.

......................................................................................................

memalukan.

bangsa dan agama lain mentertawakan kita sebenarnya.
salahnya bukan Islam tetapi penganutnya.

celaka juga mereka, selalu berusaha menguji iman kita.
kalau kita tewas, mereka akan ketawa.

.......................................................................................................

"boy, u mau tengok itu 1Malaysia yang betul2 punya?" tiba-tiba.

"u pergi mana2 club at Melaka. Melayu, india, cina bukan setakat duduk satu meja. kita orang kongsi satu gelas! 'main' pun inter-racial juga!"

"hahaha," ketawa si tua amerika itu. terus disimpannya gambar si isteri di dalam wallet.

mungkin di sana juga mereka bertemu menjadi satu.

p/s: teringat pakcik pengayuh beca yg memainkan muzik 'perempuan-jepun-tengah-main' di becanya dengan begitu kuat, melawan bunyi laungan azan Asar. untuk menarik perhatian pelancong2 dan pelacur2 dari serata dunia ke melaka mungkin.

melaka. bandaraya bersejarah.
masih sama seperti sejarahnya.






Friday, October 23, 2009

lawak sungguh.


ramai orang suka melawak.
ramai orang suka mendengar dan ketawa bila ada orang buat lawak.
sampai kita angkat orang yg pandai buat lawak sebagai raja.

lawak ini bagus. buat orang ketawa tak kering gusi.
because laughter is the best medicine.

tapi jangan ingat semua lawak ini ubat.
ade juga lawak yang buat kita sakit.
sakit telinga. sakit hati.

ade lawak dipanggil lawak bodoh.
lawak jenis ini adalah lawak murahan.
memperbodohkan diri sendiri agar ditertawakan orang lain.
orang ketawa sbb kebodohan kau, bukan sbb lawak kau.
tak pa la..asal orang ketawa. kau memang bodoh.

sanggup kau jadikan perut buncit milik kau sebagai lawak.
sanggup kau jadikan gemuk gedempolnya kau itu sebagai lawak.
ye, kau mmg lawak. dah la gemuk, buncit pula.

jangan sampai lawak jenaka kau orang panggil lawak celaka.
LAWAK kalau diterbalikkan menjadi KAWAL.
jadi, biar berpada-pada.


Monday, October 19, 2009

Bahasa Inggeris adalah bahasa kebangsaan kita?

Natalia Laskwoska, dari Poland fasih berbahasa Melayu-Indonesia.

menarik sungguh apabila dia menyangkakan, bahasa Melayu yang beliau tuturkan adalah bahasa untuk orang Melayu sahaja. berdasarkan pemerhatian beliau, Cina dan India, hanya bertutur bahasa ibunda atau bahasa Inggeris sahaja. Kalau ngomong bahasa Melayu pun pelat, dan beliau lebih fasih drp mereka.

di mana2, semua bahasa Inggeris.
iklan, jenama barangan, nama jalan, termasuklah makanan dinamakan dengan bahasa Inggeris.
hatta, Satu Malaysia lebih glamor disebut sbg One Malaysia.

ramai pula Melayu yang bertutur bahasa Inggeris dengannya. maka, bertambah peninglah beliau dengan Malaysia. tapi beliau akan jawab dlm bahasa Melayu. untuk ingatkan Melayu, agar jgn mudah lupa.

rakannya, Olga juga kecewa. duduk di Jepun sebulan setengah cuma. tapi sudah boleh bertutur bahasa Jepun yg asas2. di Malaysia, yg beliau tahu hanyalah dinding, maaf, terima kasih dan Malaysia Boleh!


Thursday, October 15, 2009

wajah ini


tuhan,
kenapa kau jadikan diri ini begini?

kalau ada yg pandang mesti bukan pada wajah
kalau ada yg jeling,
pasti sebab ada yg jelik
kalau ada yg dengar,
itu mesti sebab ada yg sumbang.

aku sampaikan apa yg aku rasa
tidak berniat utk buat kau terasa
mahu kau jadi insan berguna.

kalau buruk wajahku,
pejamlah mata, lihatlah dengan mata hatimu
kalau sumbang suaraku,
tutuplah telingamu, dengarlah suara hatiku
kalau tempang tingkahku,
hentikan langkahmu, jangan ikut perjalananku.






Wednesday, October 14, 2009

di mana kau duit?


semua orang sukakan duit.

walaupun ramai yg konon2 percaya lagu the Beatles
"Money Can't Buy Me Love"

duit bukan segala2nya, tp segala2nya duit.
nak makan, duit.
nak belajar, duit.
nak kawin, duit.
semua duit. sampai tercirit-cirit mencari duit.

ramai juga orang yg tercuit dengan duit.
terutamanya org Melayu.
banyak pantang larang berkaitan duit.
mak aku selalu pesan, nak kira duit jgn malam2. nnt takut orang intai atau dengar bunyi duit kita yang banyak itu. (sbb kita banyak duit syiling je..)
mak aku jugak ckp, bab2 duit ni jgn dibuat main. jgn disebut2.
dengan adik beradik, sedara mara, kekasih pun boleh bergaduh sbb duit.

sebab nama lain duit adalah wang.
bila orang ada duit, maksudnya ada wang atau berwang atau beruang.

wang ini pula sangat wangi.
lebih wangi jika digunakan untuk merewang.
yelah, simpan pun nak buat ape?
buat bersawang?
tp bila dah kurang, mula la terkenang2.

kat sana pinjam, kat situ hutang.
otak dok pikir duit, mata dok nampak duit.
pokok pun kita panggil duit. pokok duit-duit.
ini lebih tepat utk dipanggil mata duitan.

apa2 pun, terima kasih kepada duit.
kerana duit kita belajar bersungguh2. kerja bersungguh-sungguh.

terima kasih juga kepada duit.
kerana duit, kita dapat kenal hati budi orang lain.

sanggupkah untuk berkongsi dengan kita?
dijajanyakah kisah kita yang tidak berduit?
dengkikah dia bila kita pula yang berduit?







Tuesday, October 13, 2009

maling

DISCLAIMER:
artikel ni aku copy&paste dari sebuah blog.
sumpah bukan aku yang tulis dan aku tak pernah mengaku aku yang tulis.
jangan gelar aku pencuri atau malingjohn pula.

Jangan salah sangka dulu, saya sendiri orang indonesia. Saya malu sekaligus sedih dengan persengketaa orang-orang indonesia terhadap yang pikirannya agak dangkal, tapi orang indonesia harus tau ini. Orang indonesia telah dikenal sebagai orang yang aggresiv dan brutal ketika telah berbicara di forum, sering mengeluarkan kata-kata kasar yang merusak nama baik bangsa indonesia sendiri. Maling, anjing, f*** atau apa pun.
Semuanya adalah kesalahpahaman
1. Tentang Pendet : COME ON! Jangan terlalu di bodoh2i media, Iklan itu dibuat discovery channel di singapura. Malaysia sama sekali tidak ikut campur dalam pembuatannya. TAPI MEDIA INDONESIA TERKESAN MENUTUP MATA atau mungkin memang udah tuli, masih saja terus2an bilang kalo itu iklan tourism malaysia. HELLO? yang seharusnya kita marah2i itu ya discovery channel. Jero wacik juga sama gobloknya pake nuntut permintaan maaf dari malaysia. SO IGNORANT! jangan lupa kalau tujuan media adalah mencari uang sebanyaknya! selagi beritanya hot mereka akan terus siarkan walaupun tidak benar!
2. Tentang Polisi Malaysia dan TKI : Baru2 ini keluar video penyiksaaan TKI, padahal video tsb telah dinyatakan tidak benar, orang yang disiksa adalah orang malaysia sendiri. Masyarakat malaysia memang tidak menyukai TKI apalagi yang illegal, namun mereka tetap menghormati masyarakat indonesia pada umumnya. Asal anda tau saja ada 3 JUTA TKI ILLEGAL DI MALAYSIA. Meraka berpakaian norak plus alay, dengan kebiasaan hidup yang ugal2ugalan. Tidak jarang mereka nyambi sbg PSK, penjual narkoba, MALING, RAMPOK, dan buat geng yang meresahkan. Sebagian besar penjara di malaysia di penuhi TKI! maka jangan salahkan kalo mereka bertindak tegas thd TKI ( ingat walaupun tindakan mereka sudah keras dan tegas masih tetap saja ada 3 JUTA TKI ILLEGAL di malaysia, apalagi kalo petugas malaysia bersikap lembek????
3. Tentang kekerasan Majikan thd TKI :tidak perlu dibesar2kan, karena ini seharusnya tidak menggangu hubungan kedua negara. COME ON HAL INI JUGA TERJADI DI INDONESIA SETIAP HARI atau mungkin tiap jam (tapi gak ke ekspose) kalo yg gak percaya silahkan nonton sinetron indonesia! ada banyak sinetron yang bertema ini menggambarkan hal tsb benar2 nyata di kehidupan kita
4. tentang reog dan kuda lumping : ADA 1 JUTA KETURUNAN JAWA DI MALAYSIA di luar TKI. Sebagian besar tinggal di johor. apa salah mereka mempraktekan kebudayaan mereka? ADA BUKTI KALO MALAYSIA MENGATAKAN BAHWA KEBUDAYAAN TSB BERASAL DARI NEGARA MEREKA? TIDAK ADA! lagi2 anda dibodohi MEDIA
5. ARTI KLAIM SEBENARNYA : klaim bukan berarti bahwa budaya tsb BERASAL dari negara si pengklaim. Tapi menunjukan bahwa budaya yg di klaim telah menjadi budaya negara. soal asal muasal budaya tsb tidak jadi soal!! UNESCO SENDIRI TELAH MENGATAKAN BAHWA 1 BUDAYA YANG SAMA DAPAT DI KLAIM OLEH LEBIH DARI 1 NEGARA. KARENA BUDAYA BUKAN MILIK NEGARA TAPI MILIK BANGSA. jadi tidak perlu marah kalo malaysia mengklaim rendang, sate atau kebudayaa melayu dan indonesia lainnya lainnya karena sebenranya kita juga bisa melakukannya!
6. tentang klaim budaya : ADALAH SALAH SATU HAL TERBODOH YANG PERNAH ADA. hal ini benar2 menunjukan bahwa orang indonesia sangat dangkal pikirannya dan gampang di pengaruhi media! orang di luar negeri sedang menertawakan keserakahan dan kebodohan kita!
7. Tentang batik dan wayang : Batik malaysia berasal dari terengganu dan motifnya sangat berbeda dari batik jawa. Wayang malaysia bukan berasal dari jawa tapi dari thailand. BTW thailand tidak pernah mempermasalahkan ini! mereka lebih matang dalam berpikir!
8. TTG rasa sayange : Lagu rasa sayang telah ada di malaysia sejak awal 1940an!! dan lagu ini telah menjadi lagu rakyat! lagipula rasa sayange adalah lagu anonim! tidak ada salahnya mereka memakai lagu itu! toh malaysia tidak mengklaim lagu tersebut! ADA BUKTI KALAU MALAYSAI MENGKLAIM? TIDAK ADA! lagi2 media membodohi anda!
9. Tentang sipadan dan ligitan : tanyakan saja kepada world court yang memenangkan malaysia! mereka mungkin sudah mengetahui kedangkalan kita!
10. Tentang ambalat : Saya yakin orang yang duduk di kantor pemerintahan sana sudah cukup berpengalaman dan pintar ttg masalah sengketa! biarlah masalah ini diselesaikan kedua pimpinan negara.
saya juga mau memberi tau sesuatu :
1. Tau tempura? ya makanan jepang. Tapi taukah anda tempura dibawa dan diperkenalkan oleh orang portugis? nama aslinya adalah tempora! tempura telah menjadi makanan jepang namun portugis tidak pernah mempersalahkannya! karena mereka tidak dangkal seperti kita! mereka tidak ada waktu untuk beteriak di jalan, berdemo spt orang gila, dan membakar bendera.
2. Tau sepak takraw? sepak takraw berasal dari thailand! nama aslinya adalah tuck-rouw! tapi thailand tidak pernah mempermasalahkan malaysia yang memasukkan sepak takraw kedalam iklan promosi wisata!
SO PLEASE INDONESIANS! PLEASE BE SMART, MATURE, dan SOPAN! tunjukan bahwa kita masyarakt beradap! jangan gampang di ombang ambing media!
FYI ada ratusan ribu masyarakat keturunan bugis, banjar, minang dan palembang dan 1 juta keturunan jawa! semua diluar TKI lo! jadi sangat lumrah adanya share budaya!
FYI presiden malaysia saat ini adalah keturunan bugis!
FYI, istilah ‘melayu’ atau ‘malay’ di malaysia mencakup semua suku yang austronesia (termasuk orang filipino,sumatera,dan jawa) yang beciri kulit sawo matang spt kita! jadi jangan aneh kalo reog di katakan menjadi salah satu kebudayaan melayu! jangan aneh juga kalo misalnya anda datang ke malaysia anda akan dianggap seorang malay (walaupun sebenarnya anda mungkin orang batak atw madura!)
pesan utk para nationalist yang idiot dan brutal : pelajari lagi kebudayaan ASEAN! carilah bukti-bukti bukan media! kalo jalan2 ke luar negeri jangan cuma nyari shopping atau disneyland aja dong, dateng juga ke cultural centre dan museum!
perkaya wawasan anda!
- catatan yang saya terima di email.
RUSLAN ADLI says: 25/06/2009 at 6:24 pm
Sebenarnya orang yg jahat itu ada dan yg baik itu juga ada. Di Indonesia banyak kasus pembunuhan seperti kasus Ryan yg membunuh lebih dari 5 org dan ditanam disekitar rumahnya.Juga kasus mutilasi (kerat anggota badan)yg banyak terjadi di Indonesia.Juga kasus rampok, korupsi, rogol, oborsi, curan, selingkuh dan bermacam-macam kasus jenayah yg bisa ditonton di kaca tv Indonesia seperti rancangan SERGAP,PATROLI,BUSER dan SIDIK yg disiarkan setiap hari. Apakah kejahatan yang berlaku di Indonesia dilakukan oleh orang Malaysia?? Jawabnya TIDAK.
Jenayah ini dilakukan oleh orang Indonesia sendiri tetapi orang Malaysia tidak mengatakan semua orang Indonesia itu jahat. Yg jahat itu adalah siperlakunya itu.Tetapi beda pula sekiranya kasus berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi kasus pembantu rumah yg didera majikan. Orang Indonesia akan menyatakan seluruh orang Malaysia itu jahat. Sepatutnya majikan itu sajalah yg disalahkan, ini sampai PM pun nak disalahkan!! Lihat sajalah berapa banyak orang Indonesia melakukan kejahatan di Malaysia tetapi orang Malaysia tidak mengatakan semua orang Indonesia itu jahat! Yg jahat itu adalah siperlakunya!!.
Apa yg lebih mendukacitakan adalah melihat beberapa kali demonstrasi dibuat dihadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan amat sedih bila melihat bendera Malaysia dipijak dan dibakar seperti negara Malaysia ini bukan negara berdaulat. Sebenarnya di Malaysia warganya juga boleh melakukan seperti apa yg dilakukan warga Indonesia tetapi warga Malaysia lebih tenang dan matang dengan tidak menghiraukan perangai keanak-anakkan warga Indonesia. Banyak lagi kerja lain yg perlu dibuat drpd berdemo!!

malingsia vs malangsia

Malaysia dan indonesia daripada satu rumpun; rumpun Melayu.
kalau pokok mangga ditanam di Belanda, buahnya tetap buah mangga.
sama rasa, rupa dan bentuknya.
mungkin namanya tak sama.

marah mereka kalau digelar INDON.
tapi mereka gelar kita MALING atau pencuri
apa yang dicuri?
tarian dan muzik2 mereka. haha.

80% tahanan warga asing dipenjara2 Malaysia terdiri daripada warga indon.
atas kesalahan utama iaitu mencuri, rompak, ragut dan samun.
siapa MALING sebenarnya?
tarian, muzik, kain batik, wayang kulit dan lagu yang dicuri Malaysia lebih dipandang mereka.
atau itu tektik untuk mengalih perhatian tentang kejahatan sendiri?

ganyang Malaysia, tatkala negara kau diganyang dan digoncang tuhan?
siapa yang membantu untuk menegakkan kembali negara kau yg tumbang?

tsunami dan gempa bumi.
siapa yang pertama datang menghulurkan bantuan?
sedang beribu warga kau duduk di tepi tebing melihat saja.
sibuk merakam dengan telefon bimbit.
sedang kau mahu hentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia,
kami tambah pula penghantaran sukarelawan untuk membantu indonesia.
pembantu rumah, bergaji.
sukarelawan, secara suka dan rela.
tapi kau hina pula mereka. kau memang cilaka.

daripada terkorban berperang, lebih baik kau uruskan mangsa2 yang terkorban.
lepas tsunami, kini gempa bumi.
ada dukun di indonesia kata bumi itu sudah disumpah malang; MALANGsia.
dan MALING ini lah yg datang menghulurkan bantuan.

kerana tarian itu kau mahu berperang?
kerana wayang kulit?
kerana gamelan?
kerana lagu Rasa Sayang?
bukankah lagu ini mengajak kita untuk berkasih sayang?

indonesia, usaha kau sia-sia.



sumpah-sumpah


seekor sesumpah boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling
kejap sahaja sudah berubah
sukar nak kata sesumpah ni warna apa

sebab itu namanya sesumpah atau sumpah-sumpah
sampai kena bersumpah baru rakan2nya nak percaya
sbb selalu sangat bertukar warna
sumpahannya pun meragukan kerana gagap2
"err..sumpah-sumpah!"
"se..ses..sesumpah!"

tapi ingat, walaupun kau berubah warna
rupa kau tetap sama
dan kau jangan lupa,
ada satu lagi nama kau yang aku takkan lupa;
cicak kobeng namanya.

milik siapa?


pernah bersembang dengan dua usahawan berjaya
rakan baik kedua2nya
kata mereka racism ada dlm jiwa setiap manusia
tapi ramai yang taknak akuinya
dan kata orang lain racist pula

sempat juga berbicara dengan seorang profesor dari India
warga negara Singapura, namanya biarlah rahsia
juga pening dengan 'mereka'
katanya,
tak tahu mengapa dan apa yang ada dalam darah mereka
hingga rasa bagus dan berkuasa
beliau marah juga kepada kita yang buat2 tak tahu, konon2 tak rasa apa2
ambil sikap 'takpa'
takut nanti dikata racist pula

seorang pensyarah wanita
bijak orangnya, pandai juga berbicara
beliau kata EU itulah lambang mat saleh juga menjaga bangsanya
itu benar sebenarnya
kita kata tak racist sbb tengok mereka dan ikut apa mereka kata
tapi dlm diam, merekalah kepala
sbb racism dlm darah setiap manusia

hah!
siapa kata dia tak racist itulah yang lebih racist sebenarnya
tapi kenapa takut nak akuinya?
tak mengapa
kita racist bukan nak susahkan sesiapa

kau bangunkan bangsa kau, aku dengan bangsaku
ada benda kita bersama
benda lain kita berbeza
tapi jgn sampai pijak kepala

setiap negara dalam dunia ni tuhan dah susun ikut bangsanya
bangsa itu yang membentuk sebuah negara
jepun oleh orang jepun
german oleh orang german
afrika oleh orang afrika
china oleh orang cina
india oleh orang india
tanah melayu oleh siapa agak2nya?

berhijrah pula ke negara orang cari rezeki sesuap dua
dah duduk lama mula perasan negara ini kau yang punya
kalau tak bagi, kau kata kami racist pula
tak demokrasi katanya
mcm yahudi la
kata Palestin itu tanah mereka

jangan terkejut nnt indon kata Malaysia ini mereka punya
sekolah indonesia dah ada
kawasan perumahan haram pun ada
nak halau mereka mintak pampasan dari kita
jaga2,
mereka suka mengaku semua mereka yang punya!






Thursday, October 8, 2009

Malaysia Boleh!


“Mentaliti rakyat kita tak macam negara barat. Mereka lebih maju kerana mereka boleh dikritik depan2. Tak perlu jaga hati pun takpe. Mentaliti mcm tu la bagus,”

Haha.

Mentaliti mcm kau ni la yang tak bagus.

Ape sahaja yang dilakukan oleh barat, adalah bagus.

Is it because they are whiter than us?

Or because they have snow in their country?

Sebab kita, orang Melayu tak cakap lepas atau kritik berlapik, maknanya kita tak bagus?

Maknanya mentality kita tahap rendah?

Mana lebih bagus?

Kita, kritik orang. Dalam masa yang sama, kita jaga hati dan perasaan orang tersebut.

Kita buat dua kerja dlm satu masa.

Orang itu pula dapat dua2; kritikan dan hati yang terjaga.

Berbanding kita kritik sahaja. For the sake of ‘mentaliti yang bagus’.

Apa yang orang itu dapat?

Kritikan? Mungkin dapat.

Itu pun kalau die ada hati nak absorb n digest ape yang kau kate.

Akhirnya, habuk pun tak dapat.

Nak kejar sangat mentality yang bagus tu, menambahkan musuh pulak.

Ingat.

Kita Melayu, beragama Islam dan rakyat Malaysia.

Satu bangsa yang lemah lembut.

Satu agama yang suci bersih.

Sebuah negara di timur.

Ape yang mereka pakai, may not look good on us.

Sunday, October 4, 2009

berkawan biar seribu, berkasih biar satu..


kenalan
baru berkenalan, tak tahu lagi manusia atau syaitan..
atau syaitan bertopengkan manusia..

kawan
sudah kenal tapi belum cukup kenal..
mcm sekawan burung..
banyak, tapi hanya bersama bila ingin terbang di awan..

sahabat
lama berkawan, kini bersahabat dan bersubahat..
paling sukar dijumpa dan dilihat,
tapi mudah bila dah rapat..
paling mudah terasa dan paling susah diduga..
sebab dah rapat, kita lupa nak beringat..
sebab perempuan, kita ditinggal terkulat2!

kekasih
harap kekal berkasih-kasihan..
nanti kempunan, kasihaaan..
dialah rakan, kawan, sahabat dan teman..
kadang-kala dialah musuh dalam pergaduhan..
tapi musuh yang boleh diasuh..

buat kenalanku,
nice to meet you..

buat kawanku,
terima kasih atas gelak tawamu..
teringin juga lihat air matamu..

buat sahabatku,
sudah2 la tu..
maafkan diriku..terasa benar kehilanganmu..
kita buka kitab yang baru..
yang baru,
takkan sama seperti dulu, aku tahu..

buat kekasihku,
i love you..
tak siapa yang tahu, adakah jodoh kau dan aku?
kekalkah kita seiring waktu?
tuhan,
hentikanlah masa ini kalau di masa hadapan aku dan dia tidak lagi ketemu..
tuhan,
satukanlah kami berdua dengan cinta hingga ke hujung nyawa..
dengan hati dan rasa yang sama..
walau wajah berubah rupa..

siapa pun kau kepadaku,
terima kasih untuk itu.