hehe

Wednesday, October 14, 2009

di mana kau duit?


semua orang sukakan duit.

walaupun ramai yg konon2 percaya lagu the Beatles
"Money Can't Buy Me Love"

duit bukan segala2nya, tp segala2nya duit.
nak makan, duit.
nak belajar, duit.
nak kawin, duit.
semua duit. sampai tercirit-cirit mencari duit.

ramai juga orang yg tercuit dengan duit.
terutamanya org Melayu.
banyak pantang larang berkaitan duit.
mak aku selalu pesan, nak kira duit jgn malam2. nnt takut orang intai atau dengar bunyi duit kita yang banyak itu. (sbb kita banyak duit syiling je..)
mak aku jugak ckp, bab2 duit ni jgn dibuat main. jgn disebut2.
dengan adik beradik, sedara mara, kekasih pun boleh bergaduh sbb duit.

sebab nama lain duit adalah wang.
bila orang ada duit, maksudnya ada wang atau berwang atau beruang.

wang ini pula sangat wangi.
lebih wangi jika digunakan untuk merewang.
yelah, simpan pun nak buat ape?
buat bersawang?
tp bila dah kurang, mula la terkenang2.

kat sana pinjam, kat situ hutang.
otak dok pikir duit, mata dok nampak duit.
pokok pun kita panggil duit. pokok duit-duit.
ini lebih tepat utk dipanggil mata duitan.

apa2 pun, terima kasih kepada duit.
kerana duit kita belajar bersungguh2. kerja bersungguh-sungguh.

terima kasih juga kepada duit.
kerana duit, kita dapat kenal hati budi orang lain.

sanggupkah untuk berkongsi dengan kita?
dijajanyakah kisah kita yang tidak berduit?
dengkikah dia bila kita pula yang berduit?







2 comments:

Anonymous said...

nak kencing pun kena ada duit..kalu tak, tepi jalan la jawabnya..

rama2hijau said...

hahaha. jgn kencing tepi jalan. tak senonoh kalo org tengok anu kite.