hehe

Monday, October 19, 2009

Bahasa Inggeris adalah bahasa kebangsaan kita?

Natalia Laskwoska, dari Poland fasih berbahasa Melayu-Indonesia.

menarik sungguh apabila dia menyangkakan, bahasa Melayu yang beliau tuturkan adalah bahasa untuk orang Melayu sahaja. berdasarkan pemerhatian beliau, Cina dan India, hanya bertutur bahasa ibunda atau bahasa Inggeris sahaja. Kalau ngomong bahasa Melayu pun pelat, dan beliau lebih fasih drp mereka.

di mana2, semua bahasa Inggeris.
iklan, jenama barangan, nama jalan, termasuklah makanan dinamakan dengan bahasa Inggeris.
hatta, Satu Malaysia lebih glamor disebut sbg One Malaysia.

ramai pula Melayu yang bertutur bahasa Inggeris dengannya. maka, bertambah peninglah beliau dengan Malaysia. tapi beliau akan jawab dlm bahasa Melayu. untuk ingatkan Melayu, agar jgn mudah lupa.

rakannya, Olga juga kecewa. duduk di Jepun sebulan setengah cuma. tapi sudah boleh bertutur bahasa Jepun yg asas2. di Malaysia, yg beliau tahu hanyalah dinding, maaf, terima kasih dan Malaysia Boleh!


No comments: