hehe

Thursday, November 26, 2009

Melayu mudah terpedaya.


Melayu mudah lupa.
Melayu juga mudah terpedaya.

Orang Melayu selalu sangka, kalau bercakap bahasa inggeris itu, maka dia adalah makhluk tuhan yang berkedudukan lebih tinggi daripada Melayu lain.
bukan lagi dicipta daripada tanah merah dan markahnya akan dihitung lebih awal di padang mahsyar kelak.

Maka, akan berbelit-belitlah lidah dengan slank dari Amerika.
semuanya kita tukar kepada bahasa penjajah itu.
sampai pelancong-pelancong luar menyangkakan bahasa rasmi di Malaysia adalah bahasa inggeris.

segala benda dan urusan akan menggunakan bahasa inggeris.
kemudian, akan terpekik terlolong konon ingin memartabatkan bahasa Melayu.
marah pulak kalau cina dan india kejang lidah cakap bahasa Melayu.

kemudian, bila baru2 ini pak menteri kata sekolah cina bagus, berpusu-pusu la nak antar anak ke sekolah cina. belajar bahasa cina.
diangkat tinggi2 sekolah cina yang kononnya mampu menghasilkan pelajar berkualiti, tatkala pak menteri yang lain sibuk memperjuangkan sekolah satu aliran.

bagus la.
biar lebih ramai anak melayu bisu bahasa melayu.
anak cina pula semakin jauh dengan bahasa satu Malaysia ini.

.............................................................................

dari dahulu sampai sekarang, anak2 Melayu dah ditarbiahkan tentang kehebatan cina dalam matematik.
Melayu ni lemah dalam matapelajaran berasaskan sains.
minda anak Melayu disekat oleh kebodohan mak bapak mendidik anak2.

cuba lain kali, semburkan ditelinga anak2 tentang genius2 matematik dari keturunan Melayu.
hampir semua Melayu kalau tak silap.
yang dah jadi pelacur itu pun perlu diceritakan juga.
agar jadi pengajaran kepada anak2.

............................................................................

ramai juga orang Melayu yang pandang tinggi meraka yang belajar di luar negara.
lantaklah di negara mana pun, asalkan luar daripada Malaysia.
kerana sistem pendidikan negara ni tak berkualiti.

maka berpusu2lah mak bapak hantar anak India, Indonesia dan Saudi Arabia.
tatkala makin ramai Awang Hitam dan Pak Arab di universiti kita.
sampaikan mat indon kata sistem pendidikan mereka termaju di Asia Tenggara.
buktinya, ramai anak Malaysia di sana.

............................................................................

orang Melayu juga sangkakan begitu senang nak jadi kaya.
labur saja rm2000 atau rm20000, boleh dapat berlipat kali ganda.
yang takde duit sanggup pinjam dari kawan2.
sanggup gadai emas permata.
untuk jadi jutawan segera.

iklannya, cukup sekadar tulis "ini bukan skim cepat kaya"
berduyun2 Melayu terpedaya.
kerana menurut iklannya, ia bukan skim cepat kaya.

anda dapat berpuluh ribu ringgit setiap bulan.
sekejap sahaja anda akan jadi kaya.
maknanya apa?
bukankah skim cepat kaya juga?!
cuma methodnya berbeza.
............................................................................

ada juga yang terpedaya dengan janji2 manis jejaka indon yang memang fasih bertutur kata2 cinta.
lihat sahaja band2 mereka.
lagu cinta yang lebih kurang sama tapi muziknya yang berbeza.

kisah anak dara belasan tahun di Lambok juga sama.
cuma jalan ceritanya berbeza.

begitu juga gadis2 yang cair melihat tubuh gelap yang tegap si Awang Hitam.
dijanjikan duit berjuta, akhirnya terkandas menanti hukuman gantung atau tembak sampai mati.
semuanya kerana terlalu mudah diperdaya.

.............................................................................

haihhh...Melayu yang senang sungguh untuk layu.

sedarkah anda, bangsa lain tertawakan kita.
gelar kita macam2 kerana kita tak ada pendirian.
sebab itu, bila kita suruh mereka belajar dan guna bahasa Melayu mereka taknak.
sebab takde siapa guna bahasa kuno ini lagi.
termasuklah orang Melayu sendiri.

ya, takkan Melayu hilang di dunia.
itu kata2 Hang Tuah beratus tahun dahulu.
ketika Melayu tinggi semangat jatidirinya.
kalau Hang tuah masih ada, tentu akan ditarik balik kata2nya itu.

Melayu layu dengan kehebatan orang lain, bukannya mekar kembang bersama2.
yang lelaki layu dengan wang beribu.
yang perempuan layu dengan janji semanis madu.

p/s : jangan pula terpedaya dengan permohonan maaf dari Chin Peng sudahhhh..








4 comments:

AnakMerdeka said...

Salam,

Disamping kita mengakui memang ada species Melayu yang sebegitu, rasanya, hanya sebahagian kecil.

Disamping kita sepatutnya meneruskan tradisi tegur menegur, kita jangan sampai melangkaui garisan sehingga kelihatan menghina keturunan Melayu.

Orang Melayu (seharusnya) tidak seburuk dan tidak sehina seperti disangka.

Orang Melayulah yang menyebabkan negara ini merdeka, dan bangsa lain boleh sama-sama menikmati kemakmuran. Yang itu orang melayu tidak lupa.

Orang Melayu juga yang baik budi membenarkan bangsa asing menjadi antara penduduk bumi bertuah ini. Itupun orang melayu tidak lupa.

Kadang-kala terguris hati juga bila membaca nukilan yang menghentam orang Melayu sebegitu rupa, tanpa ada sebarispun ayat memberi idea bernas agar Melayu tidak lagi dipandang hina.

Kita patut salahkan pejuang-pejuang bahasa (kononnya) seperti sasterwan negara A Samad Said (hanya satu contoh). Apa yang mereka lakukan untuk memertabatkan bahasa Melayu selain berdemostrasi meminta dihapuskan pembelajaran Sains dan Mathematik dalam bahasa Inggersis?

Ada pemimpin politik, yang kononnya berjuang untuk kesamarataan dan demokrasi. Mereka sudah lupa bahawa, sebenarnya Melayu itu patut diberi keutamaan bukan sahaja dari segi bahasa, tetapi kekayaan dan kemewahan negara.

Malah kerana kuasa, ada pemimpin yang menggunakan hadis dan firman, untuk menafikan hak orang Melayu. Mereka bersama-sama sekutunya, dengan jelas tidak meletakkan orang melayu berada dikedudukan yang sewajarnya.

Mereka kata, perjuangan memertabatkan bahasa dan bangsa Melayu adalah raktorik parti yang mengamalkan perkauman sempit.

Orang Melayu makin tersepit.

cucunenekkebayan said...

salam.
sebilangan kecil?
ya, sebilangan kecil inilah yang memalukan dan menjejaskan imej orang melayu. sebilangan kecil inilah yg menyebabkan melayu dipandang sebagai bahan kelakar oleh bangsa lain. baca komen2 di blog che det dan ridhuan tee. menyakitkan hati bila bangsa lain menggunakan hujah sebilangan kecil melayu yg malas dan bodoh ini utk menampakkan bangsa melayu itu adalah teruk dan tidak layak dibela.

dan mentaliti 'sebilangan kecil' inilah punca bangsa kita tak maju. sebab kita selalu kata "takpa. hanya sebilangan kecil".

kalau dah kecil bilangannya, lagi mudahlah nak diubah, sepatutnya.

cucunenekkebayan said...

kita memang tak pernah lupa dengan kemegahan bangsa kita mendapatkan kemerdekaan. tapi kita alpa untuk mengisi kemerdekaan itu pula.

sebab kita terlalu berbangga dengan sejarah. memang sejarah lalu itu perlu sentiasa diingat, tp jangan lupa pula untuk cipta sejarah baru.

kita tak habis2 mengungkit yg kita ini baik, memberi kerakyatan kepada bangsa asing. saya setuju melayu sangat baik dlm konteks ini. tp kita tak pernah nak beringat, bila kita berani bagi, kita kena berani tanggung. macam orang dulu2. bila tetamu datang rumah, kita beri dan hidang makanan. tp jgn sampai kita kehabisan makanan untuk keluarga sendiri pula.

salahkan A. Samad Said?
pulaaak.
saudara AM perlu tahu, beliau bukan hanya tahu berdemonstrasi. sudah pelbagai cara digunakan. demo adalah cara terakhir setelah cara2 terdahulu tidak dilayan oleh kerajaan kerana kerajaan berpendapat, "takpa. hanya sebilangan kecil"

usaha A. Samad Said adalah untuk meletakkan martabat melayu di tempat yang sepatutnya. untuk mengutamakan melayu. bahasa melayu ingin diangkat menjadi bahasa ilmu sains dan matematik, itu sudah cukup bagus.

itulah.
kalau yg bodoh dan malas, kita kata sebilangan kecil. kalau dah rajin dan bijak pula, kita nafikan usaha mereka.

inilah melayu.
yang tidak boleh dikritik walaupun kata 'bersedia untuk dikritik' dan mendahulukan rakyat.

sapik said...

tika melayu mula layu
tika melayu makin merapu
tika melayu menjadi bisu
tika kita hanya ditenggelami isu
bila mampu kita memberikan sesuatu
hanya bila kita kembali ke teras yang jitu