hehe

Wednesday, October 24, 2012

Bisnes Modal Air Liur

Ahli politik dengan ahli perniagaan saling memerlukan.

Ahli politik memerlukan ahli perniagaan untuk "fund" political activities mereka.
Ahli politik juga memerlukan mereka ini sebagai benchmark "keberkesanan pembangunan ekonomi masyarakat" yang dibawa oleh ideologi parti politik masing-masing.

Ahli perniagaan pula memerlukan ahli politik kerana mereka adalah penggubal dasar.
Ahli perniagaan merebut peluang ekonomi yang dibuka oleh penggubal-penggubal dasar ini.
Ahli politik akan "membantu" ahli perniagaan yang dilihat dapat memberikan pulangan kepada political milage mereka.

Bagi aku, ini satu hubungan yang sihat dan adil.
Dengan syarat, kedua-duanya (ahli politik dan ahli perniagaan) ini benar-benar genuine dan reliable.

We are not talking about rasuah/salahguna kuasa dan sebagainya.

................................

Nurul Izzah bodoh.

Ramai juga melayu kita yang bodoh mengikut ahli-politik-nasib ni kerana mempertikaikan hutang korporat milik SYARIKAT-SYARIKAT Tan Sri Syed Mokhtar yang berjumlah hampir RM36billion ini.

Pertamanya, itu bukan hutang SATU syarikat. Syed Mokhtar ada berpuluh-puluh syarikat.

Kedua, nature of business SYARIKAT-SYARIKAT beliau bukanlah menjual cekodok pisang atau kacang putih atau putumayam atas motor di pasar.

Ketiga, hutang syarikat tak sama macam bapak kau hutang ceti haram boleh main mintak berapa banyak bapak kau perlukan untuk membayar pelacur cina dan gayboy-gayboy peliharaannya. Bank akan kaji kemampuan bisnes kau dahulu sedalam-dalamnya sebelum meluluskan pinjaman. Adalah amat mengkagumkan kalau syarikat beliau mempu berhutang sebanyak RM36billion! itu menunjukkan prestasi kewangan syarikat beliau adalah AMAT MEMBERANGSANGKAN!

Keempat, syarikat-syarikat beliau BUKANLAH syarikat milik kerajaan atau GLC yang boleh senang-senang abah kau nak tengok akaun bank dan senarai hutang-hutangnya. Ia ibarat suruh Anwar Ibrahim menunjukkan kemaluannya di youtube! (eh, tu senang. dah pernah tgk)

..............................

Nurul Izzah bodoh, begitu juga pengikutnya.

Kaji balik, bila dan siapa yang memulakan serangan ke atas Tan Sri Syed Mokhtar ini.

Ia bermula apabila beliau menyatakan hasrat untuk mengambil alih pelabuhan pulau pinang yang selama ini kerugian. di ulang, YANG SELAMA INI KERUGIAN walaupun di bawah kawalan taikun-taikun cina yang konon hebat berniaga ini.

Hinggakan cina-cina ini DENGAN SOKONGAN CM PULAU PINANG menubuhkan satu konsortium untuk melawan pembelian hak pengurusan pelabuhan ini.

Namun, bila dah terbukti Syed Mokhtar, seorang Melayu mampu daripada segala aspek untuk mengambil alih pelabuhan ini, meraka mati akal dan menggunakan cara serangan paling primitif iaitu menyerang Syed Mokhtar secara peribadi.

Syed Mokhtar kroni la..
Syed Mokhtar berhutang banyak laa..
Syed Mokhtar dilindungi UMNO laaaaa...

..............................

Paling bebal adalah mereka yang menyokong gabungan cina-cina ni.
Ketuanya, Nurul Izzah Guru Tadika ni.

Apa salahnya tengok orang Melayu kaya?
Tak cukup ke sumbangan beliau kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara?

Kalau cina dapat projek berbilion-bilion ringgit, takpe pulak?
Mereka bukan kroni DAP?
Sebab mereka memang bijak berniaga?

Puihhh!!!

............................

Nurul Izzah, apa kau tahu selain ceramah politik bawah khemah tu?
Kau pernah ada perniagaan sendiri?

Melayu kaya,  kroni.
Cina kaya, azali.
Ni siapa yang jenamakan melayu macam ni?
Mestilah DAP komunis anti-melayu tu, dan melayu bahalol macam Nurul Izzah dan pengikutnya sokong.

Baca buku-buku tulisan Donald Trump.
Berapa bilion pulak hutang dia?
Macam mana rapatnya dia dengan pemimpin-pemimpin US?

Baca buku biografi Steve Jobs.
Macam mana rapat dia dengan presiden US dan pemimpin politik di US?

Sekarang ni pun, Mark Zuckerberg pun begitu rapat dengan Barack Obama.

Apa kalau kau ahli perniagaan, kau tak boleh rapat dengan pemimpin politik?
Cuma gayboy boleh rapat dengan bapak kau??

.............................

Dalam bisnes, hutang mampu bayar adalah perkara biasa.
Hutang oleh syarikat juga sangat diperlukan oleh institusi perbankan kerana disitulah punca pendapatan bank-bank.

Dalam politik, hanya berhutang janji.
Modal cuma air liur dan kisah simpati seks songsang bapak.



Thursday, July 19, 2012

GEMPAR: Azwan Ali Kini Bertudung!

Di Universiti Malaya, ada Akademi Pengajian Islam (API).
Pelajar API diberikan pilihan untuk majoring dalam subjek sains di Fakulti Sains.
Maknanya, mereka akan belajar Kimia dan Usuluddin (contoh) dalam satu masa.

Diceritakanlah kepada aku oleh seorang sahabat, bila pensyarah bertanya kepada salah seorang daripada pelajar API apakah cita-cita beliau bila tamat pengajian, lantas dengan penuh berhemah, pelajar solehah itupun menjawab:
"Saya ingin menjadi Saintis Islam,"

Dijawab pula dengan sinis oleh pensyarah tersebut:
"Habis, saya bukan saintis Islam?"

...............................

PAS dan pengikutnya dahulu begitu bencikan artis-artis.
Artis-artis diibaratkan sebagai syaitan yang mengajak manusia melakukan kemungkaran.
Aritis-artis ini hanya digilai oleh orang UMNO sahaja.

Namun, bila ada segelintir artis yang kini berserban, berjanggut dan bertudung, terus disambar mereka.
Artis-artis ini terus diusung ke mereta tempat untuk memberikan kuliah agama.
Kuliah artis-artis yang baru mendapat hidayah ini lebih valid kenyataannya berbanding mufti Perak.

Sebab apa?
Sebab motto perjuangan mereka adalah "perubahan".
Perubahan seorang artis itulah simboliknya.

Tapi, adakah PAS yang memberi hidayah kepada umat Islam?
Kempen poltik PASkah yang mendetikkan hati seorang manusia untuk kembali mengenal Tuhannya semenjak lahir?

..................................

Artis-artis ini juga bila mahu bertudung, akan merujuk Tok Guru Imam Besar Khalifah Nik Aziz.
Ketua Pemberi Hidayah sekalian umat Islam seluruh Malaysia.

Yang peliknya, adakah hidayah datang sama dengan Borang Keahlian PAS?

Yang peliknya, kenapa yang dirujuk adalah ulama politik?

Perlukah sinar hidayah anda mendapat publisiti macam Tayangan Perdana Filem Syukur 21?

Musykil.

..................................

Abby Abadi, anda bertudung baru sahaja berapa bulan.
Sudah layakkah anda menghina orang lain yang masih belum menemui hidayah?
Lupakah adegan-adegan drama atas katil, laga-laga hidung, pegang-pegang tangan anda?

Apa pula kaitan hidayah bertudung anda dengan Perhimpunan Mansuh ISA?
Lakonan drama atas pentas politik sesudah tidak laku di kaca TV?

Hijrah anda untuk agama atau untuk politik?

Atau masih untuk publisiti?

...................................

Cukuplah.
Hentikanlah wayang agama untuk politik anda semua.

Perjuangan agama dengan mata pedang.
Bukan dengan mata pena;
untuk pangkah bulan atas kertas undi!

Thursday, July 5, 2012

Misteri Kubur Bertingkat

Dulu waktu aku pergi Singapura, orang sana bagitahu aku yang mayat ditanam bertingkat-tingkat.
Maknanya, dalam satu lubang kubur, ada berlapis-lapis mayat.
Lubang kubur dah jadi macam rumah flat.
Macam "Strata title".

haha.

...............................

Petroleum  adalah satu sumber yang tidak boleh diperbaharui .
Sumbernya sangat terhad dan boleh habis pada masa tertentu.
Sebab itu kerajaan berkuasa penuh mengawal pengeluaran dan harga minyak di sesebuah negara.


Tanah juga sama sebenarnya.
Boleh ditambah (macam Singapura) tapi sangat tidak praktikal, secara ekonominya.
Apatah lagi tanah yang sesuai untuk didiami manusia.
Sangat terhad keluasannya.

Di atas tanah yang terhad inilah terbinanya rumah-rumah untuk kediaman manusia.
Tanah terhad, tapi bilangan manusia bertambah setiap minit.
Maka, permintaan untuk rumah akan meningkat.
Keluasan tanah kian terhad. Tidak meningkat.

Masalah utama di Malaysia pula adalah, yang kaya tidak hanya memiliki satu rumah.
Rumah dibeli bukan lagi untuk kediaman tapi untuk pelaburan pula.

Jadi, pemaju-pemaju perumah kini tidak lagi membina rumah untuk kediaman manusia.
Mereka bina untuk pelaburan manusia-manusia kaya sahaja.
Sebab itu, harga sebuah rumah (style "Studio" berkeluasan kurang 800 kaki persegi) berharga RM 670,000.00 di Kuala Lumpur.
Satu unit kondominium 3 bilik lebih kurang 1000 kaki persegi di jual pada harga RM1.2 juta.

Yang menjadi kehairanannya, SEMUANYA SOLD-OUT!!
Jadi pemaju dengan senyum lebar akan meneruskan pembinaan baru dengan harga yang lebih mahal pada masa akan datang.
Sebab mahal macam mana pun tetap akan ada pembelinya!

Tinggallah kita yang berpendapatan sederhana ni ternganga-nganga, bangun subuh pagi, tempuh jalan sesak 2-3 jam untuk ke tempat kerja sebab rumah jauh ceruk hutan.
Itu sahaja yang kita mampu.

..................................

Ironinya, makin dekat hartanah itu dengan LRT, makin mahal harganya.
Makin mahal harganya bermakna yang kaya-raya sahaja mampu membelinya.
Bila sudah kaya-raya pula, takkan pergi kerja naik LRT.
Mestilah berkereta.

Maka kita, dah la miskin, rumah jauh, tak dapat berjimat naik LRT pula.

....................................

Sudah tiba masanya kerajaan kita menggubal satu undang-undang baru yang menghadkan jumlah pemilikan hartanah.
Ia satu mekanisma terbaik untuk menghalang pemaju-pemaju tamak haloba dan orang-orang kaya ini mengeksploitasi pasaran hartanah negara.

Sedangkan gula pun dikawal harganya.

.....................................

Jangan sampai nanti ada Skim Kubur Pertamaku atau Perkuburan 1Malaysia (PK1MA).




Tuesday, June 12, 2012

Mana Bagusnya Demokrasi?

Tidak susah untuk mengiktiraf ciptaan sendiri.

........................

Cuba pejam mata, bayangkan perkara pertama yang muncul bila kita berfikir tentang DEMOKRASI.

Kalau aku, ini adalah yang bermain difikiran:
1. wajah Najib sedang berucap dengan Rosmah Mansur yang memakai head-band bermain badminton.
2. wajah Anuar Ibrahim mata lebam sambil berteleku di atas katil mengelap sesuatu di celah kangkangnya.
3. wajah Nik Ajis mengusung tabung derma untuk pembinaan lebuhraya.
4. gambaran lautan manusia berbaju kuning, merah, hijau diselang-seli dengan beruk-beruk melompat terpekik.
5. wajah Rosmah sedang kusyuk mengaji Quran sambil bersimpuh dan rambut tersembut dihadapan anak yatim.
6. lagi wajah Rosmah sedang bersenam aerobic.
7. lagi wajah Rosmah sedang memeluk kanak-kanak yang sedang menangis.
8. lagi sekali wajah Rosmah sedang menyanyi duet bersama Mawi.

........................

Apa itu PENGAMALAN demokrasi sebenarnya?
di Malaysia, pengamalan demokrasi tidak lebih daripada "pembuangan undi ketika pilihanraya".
jadi, setiap apa yang dilakukan oleh penagih-pengemis demokrasi ini hanyalah untuk meraih undi.
tidak lebih daripada itu.

perjuangan bangsa, agama dan tanah air itu hanyalah wayang untuk mendapatkan undi.
memberi wang RM500, RM5,000, jaminan syurga, kuasa rakyat, itu semua adalah wayang.
untuk mendamba simpati, sokongan dan harapan demi satu undi daripada kita semua.

Sampai ulama' yang menjadi tempat rujukan sewajarnya, mengeluarkan pelbagai fatwa wajib mengundi.
Sampai pejuang-tukang kempen facebook mengeluarkan ARAHAN WAJIB SHARE JIKA KAMU ISLAM DAN TAKNAK MURTAD.

...........................

aku ambil contoh Anugerah Bintang Popular sebagai perbandingan.
Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular setelah mendapat undi yang paling banyak.
Maka dengan itu, bolehkan kita jatuhkan kepastian yang Aaron Aziz adalah Pelakon Paling Terbaik atau hanya sekadar popular?

Bagaimana seorang artis boleh popular?
Dengan gosip murahan, tayang buah dada, kes cerai berai, skandal dengan menteri?
Beli surat khabar BH satu lori menurut kata Neelofa?

Bagaimana seorang ahli poltik boleh popular?
Dengan cara lebih kurang sama.
Gosip murahan, tayang (read: takut) bini, kes cerai berai dan skandal dengan artis.

............................

Sebab itu, ahli politik di Malaysia amat inginkan penguasaan terhadap media.
Supaya budi sekecil kuman, boleh nampak macam gajah depan mata.
Supaya salah sebesar babi boleh nampak sesuci bayi.

PR begitu marahkan BN yang mengawal media arus perdana.
Lantas mereka kuasai betul-betul media elektronik dan media sosial.
BN, tak perlu ulas lagi.

kejap-kejap cakap 200,000 yang berhimpun.
Pastu tukar ke 350,000 pulak.
video pendemo nazak, gambar nik ajis sembahyang, mak azmin ali menangis, kulum-kulum, romen-romen.

yang ni cakap dia, yang tu cakap dia.
yang kita iyakan saja.

.............................

Jadi bila sudah merasakan partinya popular setelah memberikan rasuah terang-terangan seperti BRIM, Baucer Buku, insentif Felda dan beberapa pengumuman dasar pembangunan palsu untuk 1malaysia, barulah pilihanraya akan dilangsungkan.

Bila nampak ramai berdemo, ramai berhimpun, ramai yang bagi derma, mereka pun mendesak yang satu lagi untuk diadakan pilihanraya kalau boleh esok juga!

SATU-SATUNYA signal untuk membubarkan parlimen adalah indikator POPULARITI parti!

katalah bilangan rakyat yang layak mengundi 10 juta orang.
6 juta telah mengundi BN dan 4 juta lagi mengundi PR.
KATALAH (nauzubillah), BN menang pilihanraya.

Atas tiket apa?
Keberkesanan dasar?
Kebagusan perkhidmatan kerajaan?
Kerajaan yang adil, bijak dan saksama?

kalau betul bagus, kenapa masih ada EMPAT JUTA rakyat yang menentangnya?

Katalah PR kalah pilihanraya.
Adakah sebab PR tak bagus?
Kalau tak bagus, kenapa masih ada 4 juta penyokongnya?
Bodohkah 6 juta rakyat Malaysia yang tak menyokongnya?
Berkesan sangatkan video Anuar dan Azmin dengan pelacur masing-masing?
Altantuya? Kapal selam?
Dah lupa??!!

.................................

Apakah kriteria yang ada pada Saidina Abu Bakar hingga menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW untuk menggantikannya memimpin umat Islam?

Popular?

Apakah cara pemilihan yang dilakukan Rasulullah?

Pilihanraya?

......

"SIAPA YANG KATA DEMOKRASI INI TERBAIK, TENTULAH PENCIPTANYA"


Sekian,

CucuNenekKebayan
Pengerusi Lantik Sendiri
GERANDI

Wednesday, May 23, 2012

BUDAYA DEBAT : BERSEDIAKAH KITA?

Debat adalah satu medium yang bagus untuk mengupas sesuatu idea.
Daripada berdebat, banyak pengetahuan yang kita boleh dapat.
Baik kepada pendebat sendiri dan paling untung kepada pemerhati/pendengar sesi debat tersebut.
Sebab mereka boleh dengar pendapat dan pandangan daripada kedua-dua belah pihak.

Tapi, untuk mendapat manfaat kepada satu-satu sesi perdebatan, audiens MESTILAH berfikiran terbuka dan tidak berat kepada mana-mana pihak untuk membuat satu penilaian yang adil.
Kalau anda datang dengan baju PKR atau baju UMNO, lebih baik anda pergi mendengar ceramah politik jerit-jerit tengah padang/surau yang dianjurkan oleh mereka.

..............................

Nature dalam perdebatan mestilah "aku yang paling betul".
Jadi, anda tidak boleh sama sekali bersetuju dengan pandangan pihak lawan anda,
walaupun apa yang dikatakan itu terlalu benar seperti 1+1 jawapannya dua.

Apa yang dilihat di Malaysia, kalau pendebat itu adalah "orang kita" SEMUAnya betul belaka.
Walaupun yang dikatakan adalah 1+1 jawapannya 3.

...............................

Sedikit rumusan buat semua pembaca:

Adakah pendebat yang melontarkan fakta beratoritatif paling banyak adalah pemenangnya?
Tidak. Semua fakta, auta.

Adakah pendebat yang tidak menjawab soalan itu akan kalah?
Tidak juga. Ia sekadar "soalan".

Adakah pendebat yang menggunakan serangan peribadi akan kalah?
Juga tidak. Ujian emosi untuk pihak lawan.

Adakah pendebat yang menerima tepukan paling gemuruh itu menang?
Tidak. Penyokong beliau lebih ramai.

Adakah debat itu menunjukkan siapa yang betul?
Tidak sama sekali.

Debat adalah kemahiran, bukannya kebenaran.


Wednesday, May 16, 2012

Cina Benci China.

Insiden sebuah Ferrari 599 di Singapork yang telah mengorbankan 3 nyawa begitu ironi di mata aku.
Ferrari tersebut yang dipandu oleh seorang imigran/pendatang China dipandu laju dan melanggar lampu merah telah berdentum dengan sebuah teksi.

Rakyat Singapork kini begitu marah dengan kes ini kerana mereka menyifatkan pendatang-pendatang dari China telah merosakkan negara mereka dan dilihat menguasai pelbagai sektor di sana.

Sentimen-sentimen anti pendatang China mula disebarkan.

...............................

Lupakah dari mana mereka juga datang?
Bukankah mereka sebelum ini mengagung-agungkan keterbukaan negara mereka?
Butakah mereka yang selama ini memajukan negara, mewakili negara mereka adalah BUKAN rakyat mereka?
Tidakkah mereka yang selalu menjulang negara asal kelahiran nenek moyang mereka itu?

................................

Anda juga sama sahaja.
Cuma zaman sahaja berbeza.

Bukan Melayu sahaja mudah lupa sebenarnya....

Friday, May 4, 2012

INI BUKAN PASAL BERSHIT 3.0!!

ok. Janji.
Kali ini aku takkan tulis pasal Bershit 3.0 lagi.
Sebab bagi aku Bershit 3.0 tidak mencapai matlamat.


Ia memberikan kesan, tapi tidak berkesan.
Kesannya rakyat Malaysia tahu ramai yang membenci kepimpinan sekarang, tapi keberkesan Bershit 3.0 untuk mempengaruhi rakyat Malaysia mengundi PR itu masih kabur.
Malah, ramai yang makin menjauhkan diri.


Alamak. Tertulis sikit juga.
Maaf.


....................................


Aku nak tulis pasal hiburan tanah air.


Aku pelik kenapa lagu Bawaku Pergi diharamkan.
Sedangkan lagu The One That Got Away oleh Katy Perry lebih teruk tapi tiada siapa ambil kesah.


"Summer after high school when we first met
We made out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you"



Aku lebih terpengaruh dengan Katy Perry rasanya.
Tapi selaku penyokong PR (read:PAS), itu semua kerja ahli neraka BN dan UMNGOK.


...............................


Selaku ahli PR seumur hidup, fokus aku tidak pernah lari.
Perjuangan kami hanya untuk rakyat.
Demi rakyat. Sebab we are the boss.
We have voted for you.


Cuma ketika Bershit tempohari, fokus kami yang seramai 300,000 orang ini sedikit terganggu apabila ada beberapa orang SB (perhatikan betul-betul, mereka memakai gelang tangan berwarna kuning) yang menyamar sebagai pengikut Bershit telah memulakan provokasi dan akhirnya kami tumpas kepada tuntutan nafsu binatang beruk kami.


Apabila salah seorang daripada mereka menyepak polis, 
kami pun terpengaruh sama!!
Begitu juga apabila kami melihat 3-4 orang SB bergelang tangan kuning memecahkan cermin kereta polis dan menterbalikkan kereta polis itu, kami tertolong SB tersebut!!
Ini semua berpunca daripada SB upahan UMNGOK ahli neraka!!
Kalau mereka tidak pengaruhi kami begitu, mustahil Bershit akan bertukar ganas.
Come on!
Kami ini alim ulama orangnya! Tinggi ilmu agamanya!
Kami dijanjikan syurga! Tok Guru yang jamin!
Kau hado???
Rosmah tak pakai tudung!! Ceit!!


Alamak. Tertulis sikit lagi.
Maafkan saya.


..................................


Tapi korang semua jangan marah.
Terlari fokus ini biasa.
Macam PR dan Tambiga sekarang ini.


Lapan (8) Tuntutan Bershit entah ke mana.
Pilihanraya adil entah ke mana.
Perhimpunan aman entah ke mana.


Sekarang ini sibuk duk menuduh BN, UMNGOK dan PDRM punca keganasan Bershit 3.0.
Anwar dan Azmin sibuk menafikan arahan ceroboh Dataran Merdeka.
Habis mahasiswa Bulan Pertama, Universiti Percuma Dataran Merdeka tak boleh nak belajar!
Please la. Diorang sedang kuliah subjek bahasa mandarin dan lukisan karikatur tu!


Matlamat Bershit mana?
Nanti laaa..bersihkan dahulu nama pemimpin kita ni.
tak lama lagi nak jadi PM dah.
Itu lagi penting.
Ahli syurga kena nampak bersih.
Nanti apa pula kata penganut agama lain, 
Orang Islam ni perangai macam anjing pun boleh masuk syurga!


..................................


Nampaknya aku pun tak mengotakan janji untuk tidak tulis pasal Bershit ni lagi.
Hmm..teruk la aku ni.
Cakap orang je lebih.


Janji aku macam janji "perhimpunan aman" Bershit.
Macam juga janji PR nak buat itu ini.


Maafkan aku.
Aku pun manusia.





Monday, April 30, 2012

BERSHIT 3.0 : KESILAPAN STRATEGI PR

Mengikut perkiraan Anwar, BERSHIT 3.0 tidak seharusnya begini.
Anwar dan ketua-ketua pembangkang yang lain sama sekali tindak menyangkakan yang demonstran akan bertindak terlalu ganas seperti yang dipaparkan di media.
Keganasan itu matlamatnya, tapi tidaklah sampai TERLALU ganas hingga imej dan matlamat mereka dipersoalkan.

Keganasan itu memang dimahukan mereka, sebagai modal untuk dijaja.
Tapi perlu nampak keganasan polis, bukannya peserta Bershit.
Shit! Anwar, Nik Najis dan Tambiga pening kepala.

Paling penting, media yang memaparkannya bukanlah TV3suku, media komersial UMNO/BN.
Ini media daripada telefon bimbit, videocamera dan dslr milik peserta Bershit sendiri.
Yang didakwa bebas, tidak berkepentingan dan selalunya memihak kepada mereka sendiri.
Terdapat ratusan video, dan bukan gambar yang boleh di photoshop.

Kalau sekeping gambar membawa 1000 makna,
video berdurasi 1 minit membawakan cerita sebenar.

.................................

Walaupun tajuk videonya "Polis kejam merempuh demonstran dengan kereta", kita sendiri sejujurnya dapat melihat bagaimana kereta peronda itu dilanyak oleh beruk-beruk Bershit SEBELUM kereta itu HILANG KAWALAN dan merempuh orang.
Pemandunya sudah tidak sedarkan diri / berlindung dan tidak mampu mengawal kenderaannya lagi akibat dihentam dengan batu bata, kon jalan, kayu dan besi selain tayar yang sudah pecah SEBELUM merempuh orang.
Kita juga dapat melihat dengan jelas bagaimana seorang wartawan yang ingin membantu anggota polis terbabit dibelasah, dipijak hingga lunyai oleh pejuang fisabilillah agama baru Bershit atas nama Allahuakbar.

Kemudian, kereta polis itu diterbalikkan diikuti dengan sorakan kepuasan lambang kesucian,keadilan dan keharmonian perjuangan mereka.

Baiklah.
Banyak juga bahalol-bahalol yang tinggi ilmu agama ini mengatakan yang polislah yang telah memulakan segala kekacauan, mereka hanya duduk dan bantah.

Please refer to this video : https://www.facebook.com/my.remi/posts/282475921844299?notif_t=share_reply dan nilai dengan jujur.


Anda semua akan nampak yang sememangnya, pada awalnya perhimpunan ini tidak dihujani dengan teargass dan watercanon.
Langsung tiada.

Atas arahan Anwar dan Azmin, demonstran Bershit seolah-olah dirasuk, bagai baru lepas sembelit teruk, bagai baru menjumpai pegangan akidah yang baru, terus mengingkari arahan polis dan memecahkan benteng Dataran Merdeka.

Jadi?

Kalau akulah Menteri Dalam Negeri, aku dah arahkan polis tembak mampos saja beruk-beruk itu.
Kau nak sangat mati syahid kan?
Mampos nanti tak perlu mandi, xperlu kafan.
Cukup dengan air dari watercanon dan baju Bershit.
Syahid!

Yang tak tahu menahu, yang duduk berjauhan dari tempat mula kekacauan ini, merasakan polislah puncanya.
Sedangkan keling yang mula-mula membuka penghadang polis itu tahu.
Pak Lebai Putih yang melaungkan takbir sambil melompat-lompat (hahahahaha..yang ni kelakar) itu tahu.
Anwar Ibrahim tahu.

Dan sekarang ini rakyat makin ragu-ragu dengan adanya trademark "Kepimpinan Ganas Pakatan Rakyat".

..................................

Maka, strategi keganasan ini dirakamkan dan dipaparkan media, ia tidak dapat diterima masyarakat umum.
Ahli fikir percuma PR yang terdiri daripada Mahasiswa Bulan Pertama Universiti Percuma Dataran Merdeka (UPDM) pun merangka strategi "korek bontot, lap kat orang sebelah".

"Nampak macam penyokong Bershit, tapi itu bukan penyokong Bershit. Yang memulakan kekacauan itu ahli UMNO/BN dan polis sendiri yang menyerupai penyokong Bershit"

Sounds familiar tak hujah ini??

"Muka sama, perut sama, anu nya pun sama, tapi itu bukan suami saya. itu bukan Anwar Ibrahim!"

Dan penyokong-penyokong mereka pun kembali sujud menyembah Anwar Ibrahim, Tuhan sekalian pembangkang.

...................................

Ayat paling masyhur diungkapkan oleh terrorist-terrorist PR ialah "korang semua tak pergi macam aku ni. korang semua tak tahu. korang tak boleh cakap apa-apa pasal Bershit sebab aku yang kena teargass ni yang macho, ganas, digilai wanita, berhaluan kiri, lain dari yang lain....dan...ermm..arif dengan apa yang berlaku"

Uniknya mulut ciptaan tuhan.
Mulut yang bercakap.
Tapi suara dikeluarkan oleh peti suara di tekak.
Digerakkan oleh otot di pipi.
Dijana oleh impulse dari otak.
dan apa yang terucap adalah output daripada telinga, mata, akal dan hati.

Kalau macam tu, kau tak boleh cakap apa-apa pasal kejadian Tsunami di Aceh.
Kejadian gempa bumi di Jepun.
Peperangan di Gaza.
Kebangkitan rakyat di negara-negara Arab.
Sama sekali kau tak layak mencontohi kesucian perjuangan Rasulullah dan para sahabat berjuang di medan perang demi Islam.
Sebab kau tak ada di sana, kau tak tahu.

...................................

Kesilapan paling besar PR adalah mengkambinghitamkan pihak polis dan petugas keselamatan yang lain.
Mereka menghina, memukul dan menfitnah pihak polis, penguatkuasa DBKL, FRU demi Bershit ini.

Lupakah mereka yang anggota polis dan semua petugas keselamatan ini juga mengundi?
Tidak tahukah mereka, satu Malaysia ni ratusan ribu bilangannya?
Kemudian, bila kiraan undi pos tidak memihak kepada PR, Bershit kata ada penipuan oleh SPR.
hahaha.
Ambiga, ayoyo ammaaaa....

Peniaga-peniaga di Kuala Lumpur yang ketakutan dan kerugian, berapa jumlahnya?
Campur sekali dengan pekerja-pekerja mereka.
Nik Najis kata (beserta gambar) kedai makan mengaut keuntungan ketika Bershit.
Najis, kedai makan memang la penuh orang sebab semua nak beli air/makan.
Agak-agak Pok Najis la, ada tak orang berdemo sambil beli kain ela buat hantaran pengantin?
Berdemo kemudian membeli belah handbag dan seluar dalam di SOGO?

....................................

Kepada pembaca sekalian, jangan percaya kepada tulisan cucunenekkebayan ini.
Sebab mungkin penulisnya pencacai UMNO/BN.
Sebab penulisnya tidak turun berdemo sama meraikan kebangangan umat manusia Islam Mazhab PR itu.

Jangan percaya blog ini sebab penulisnya masih tidak sanggup bertakbir Allahuakbar, membawa nama kesucian dan kelembutan Islam, mengamuk seperti babi hutan patah taringnya di tengah jalan.

Tapi, anda semua tidak ubah seperti Yahudi yang anda benci.
Membunuh yang lain, demi kehidupan sendiri.

BERSHIT: Terduduk Muntah!!








*********

untuk dijadikan modal gelak tawa

video ustazah PAS:
http://www.youtube.com/watch?v=zyPWPw9lluw&feature=relmfu

video cina yang sepatutnya "get out of this country":
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Ffeature%3Dplayer_embedded%26v%3DhXGVnX6uZPQ&h=5AQHqRv6MAQEQGbSVjJRlNkZWafHbBgjF2jz4VvnWu0ZUWQ

Sunday, April 29, 2012

BERSIHKAN KEPALA HOTAK BAPAK KAU DULU.

penat.
atuk aku, pakcik aku masuk hutan tinggal anak bini membersihkan negara daripada kekacauan.
mereka tgk kawan mati depan mata, abg kena pancung kepala, kaki putus kena bom.

mungkin atuk nenek kau duduk rumah telan air sabun sahaja.

...........................

BERSIH 3.0: DUDUK BANTAH.
bapak kau pernah ajar berak cangkung macam mana?
hah. macam tu la lebih kurang posisi ketika kita DUDUK.

apa? kerajaan tak bagi ke mak bapak kau nak berdemo?
dah diluluskan dataran merdeka, yang kau nak BERARAK merata tu kenapa?
kata nak DUDUK!

Provokasi?
Polis provok pendemo dengan menaiki kereta polis dan membuat sekatan jalan?
Abah kau memprovok kau bila berkain pelikat dan bersinglet sambil tengok tv?

Dah nama pun polis, mesti la naik kereta polis menjalankan tugas demi menjaga bahalol2 macam korang semua ni daripada jadi babi menyalak tengah jalan.

Polis tutup jalan sebab nak bagi kau semua DUDUK dan membantah apa yang korang nak bantah.
Itu dikira provok?

Yang kau panggil diorang anjing, babi, sial tak pasal-pasal tu apa?
yang kau baling batu bata, tendang kereta, pukul, ludah, jerit depan muka tu, kepala abah kau bukan provok?

Yang di Melbourne, di Jepun, di Mekah dan di tempat lain aman, maka kau salahkan polis Malaysia?
Eh, anjing, anjing-anjing kat sana tuan dia dah ajar "sit, sit boy sit...good dog..." kat diorang.
Ada kau tengok diorang terpekik terlolong menyalak kat depan muka polis situ?
Anjing, polis UK terus tembak la pendemo macam tu.
Sila google, please.

..............................

Come on lah rakyat Malaysia.
Jangan ingat kau belajar universiti, kau bijak pasal semua benda.
Jangan ingat kau pernah pergi Mekah dan penyokong Pas maka kau alim ilmu agama.
Orang lain semua jahil belaka sebab tak sependapat dengan agama politik yang kau anuti.

...............................

Kriteria penyokong demontrasi Bersih adalah mereka yang looser, takda pencapaian, jumud, bodoh sombong dan masih tak puas tunjuk samseng di sekolah dulu.

Mereka ini suka nampak ganas, memberontak dan berhaluan kiri sebab bagi mereka ini adalah ciri-ciri yang cool untuk dipandang masyarakat.
Untuk diceritakan kepada teman-teman.

...............................

Kalau PR ingat mereka berjaya setelah melihat Bersih ini, mereka silap.
Penyokong mereka ini seperti ayam yang bertelur sebiji tapi riuh sekampung.
mereka terlepas pandang angsa-angsa bertelur emas yang diam-diam semuanya ini.

sebab itu PR ingat mereka sudah cukup kuat.
Sokongan cukup banyak daripada masyarakat Malaysia.
Bila mereka kalah pilihanraya, mereka tak percaya.
Sebab pada lolongan mereka sudah menang besar!

Padahal silent voters yang meluap-luap kebencian terhadap mereka, apatah lagi selepas Bersih 3.0 ini bersedia untuk memangkah selain PR pada PRU13 nanti.

Ingat, penilaian sedang dilakukan oleh silent voters.
Merekalah penentu kemenangan sebenarnya.
Mereka ini pula adalah golongan bijak pandai yang mustahil diperbodohkan dengan idea "pendidikan percuma, air percuma, tol percuma, masuk syurga, kebebasan berakademik, tutup kilang carlsberg, baring tengah jalan, cincin 24juta, altantunya dan nik aziz itu nabi"

Orang bijak-bijak selalunya diam, perhati dan fikir.
kemudian, bertindak.

..................................

Setuju benar aku dengan idea seorang teman.
Ada baiknya Jepun kembali menjajah Malaysia.

Aku nak tengok anjing-anjing yang sama menyalak depan pedang samurai Jepun!



Saturday, April 28, 2012

PTPTN: Kau Hutang, Anwar Bayar.

Baca post terdahulu.
Aku pernah mengamuk dengan PTPTN.
Nama aku pernah disenaraihitamkan keluar negara oleh PTPTN.
Disebabkan itu, aku perlu membayar lump sum PTPTN aku.
Setiap bulan aku jadi sakit hati kena bayar yuran pengurusan PTPTN.
Abang aku, kakak aku, semua berhutang puluhan ribu dengan PTPTN.

Tapi, adakah aku dan ahli keluarga aku pergi membuka khemah di dataran merdeka, tidur bercampur lelaki perempuan, melalak dan menyalak mendesak supaya PTPTN dihapuskan?

TIDAK.

...............................

1. "Eleh, orang bodoh je yang tak suka PTPTN ni dihapuskan"

2. "Mak bapak taukeh besar je yang sokong PTPTN ni"

3. "korang kerja besar gaji sedap boleh laa..tak rasa bebanan hutang"

4. "korang ni pencacai UMNGOK"

ini yang aku quote dari pelbagai sumber.
jawapan bahalol mahasiswa Universiti Dataran Merdeka yang jelas menunjukkan idea pendidikan percuma di Malaysia ini tidak releven.
pendidikan berbayar pun mahasiswanya sebahalol ini, apatah lagi bila ia dijadikan percuma.

Jawapan aku:

1. Kau yang berhutang, bersetuju berhutang, menggunakan duit hutang untuk belajar, tiba-tiba kau taknak bayar?

Inilah nasib Ahlong. Kau terdesak. Nak pakai duit sangat ni.
Kau tahu interest Ahlong ni tinggi dan tak masuk akal.
Tapi kau sign juga sebab dah terdesak.
Bila kau dah pakai semua duit, kau lari taknak bayar.
Kau cari Biro Aduan MCA untuk selesaikan masalah kau.

Kau tak bodoh?

2. Kalau mak bapak aku taukeh besar, aku tak pinjam PTPTN la samdol.

3. Ni paling tak boleh diterima. Dah tahu kau berhutang untuk belajar, kau belajar la bersungguh-sungguh. jangan la pergi demo  bodoh tu. Penyertaan demo tak dikira dalam resume kau.

Belajar betul-betul, aktif kokurikulum, pergi interview dengan syarikat besar-besar, maka kau dapat la gaji yang sedap tu.

4. Kau tu pencacai...pencacai najis!!

...................................

Tak payah la.
Bukan kau seorang pinjam PTPTN.

Time nak pinjam PTPTN, kau tipu jumlah tanggungan mak bapak kau, tipu gaji mak bapak kau sebab nak dapat pinjaman penuh RM3,500 setiap sem.
Aku tahu, setiap awal sem hari-hari kau cucuk ATM tengok duit PTPTN dah masuk ke belum.
Yuran kalau di UiTM tu cuma RM500 setiap sem.
RM3,000 balance buat belanja.
Ada yang beli motor, bayar kereta pun ada.
Tukar HP itu wajib, laptop gempak-gempak itu mesti.
Wayang, makan, baju seluar kasut baru setiap sem.

Setelah semua keseronokan hidup kau dapat dengan duit PTPTN ni, sekarang kau taknak bayar balik???
Come on laaaaaaa....

...................................

Kalau PTPTN dah tiada lepas ni,
oklah, pendidikan percuma.

tapi makan, baju, duit top up, beli laptop, print assignment, pergi fieldwork, tengok wayang, main futsal semua tu nak harap duit getah sekerap mak bapak kau?
jadi pembantu peribadi anwar ibrahim?

yang belajar universiti itu semua anak taukeh besar je la nanti?

....................................

Mahasiswa sekalian,
dulu air dijanjikan percuma, tapi akhirnya percuma hanya untuk 20 meterpadu sahaja.
dulu tol dijanjikan tiada, tapi sampai sekarang masih ada.
dulu kilang Calsberg nak ditutupnya, sampai sekarang mabuk juga.

Ini semua jani pilihanraya.
Janji sebelum dapat.

Samalah juga dengan janji anda kepada PTPTN.
Janji sebelum dapat.
Dah dapat, cabut.




Resmi Orang Selalu Kalah

Terdesak.
Janji dah beria-ia.
Satu kampung dah canang nak buat itu ini.
Tapi tak menang-menang juga.

......................................

Tahun pertama bertanding, kalah.
Tak mengapalah.
Tiada rezeki.
Kita berjuang kerana ALLAH.

Tahun ke-10 kalah.
Tak mengapalah.
Perjuangan tak kenal penat lelah.

Tahun ke-30 kalah.
Tahun ke-40 pun kalah.
Tahun ke-50 kalah juak lagi.
Ini mesti bukan salah kita.
Ini salah orang lain.
Kita maksum masuk syurga.
Tok Guru yang kata!

.......................................

Kalau Tok Guru kata jangan di ragu.
Sebab dia ulama.
Berserban, bertongkat, berjubah.
Eh, itukan persis Nabi kita!!

Kalau mufti Perak kata, itu semua kenyataan nak duit.
Mufti tu bukan ulama!!
Dia dibela UMNGOK!!

......................................

Benci Najib sebab Rosmah beli cincin berjuta.
Sebab Shahrizat kondo berjuta.

Sokong Ambiga?
Kepala IFC, murtad, gay, lesbian tidak mengapa.
Yang penting matlamat dia suci macam kita.
Masuk syurga.

.......................................

Pilihanraya tak bersih dan tak adil.
Dengan pilihanraya yang samalah, mereka berbangga menawan 5 negeri juga.
Dengan pilihanraya yang sama jugalah Kelantan tak pernah terlepas dari gengamannya.

Kalau benar pilihanraya kotor sekalipun, adakah dengan cara berhimpun memaki hamun ini dapat membersihkannya?
Kalau terbersih sekalipun pilihanraya Malaysia, bersihkah hati-hati mereka yang menyertainya?
Membersihkan pilihanraya dengan cara mengotorkan hati masyarakat Malaysia dengan kebencian sesama kita?

Inikah cara Islam membersihkan kekotoran?
Mencuci tahi anjing dengan cara melempar tahi babi?

Tanah suci Masjidil Haram pun sanggup dikotori dengan kempen politik, itu bersih?
Menggelarkan polis-polis dan petugas-petugas DBKL itu dengan panggilan ANJING itu bersih?
Ini saranan ulama dan Tok Guru?

Bahalol.

......................................

Beserban, ketayap, berjanggup, berjubah, berpuluh kali ke Makkah itu cukup Islam?
Cukup berilmu? Masuk syurga?
Berilmukah kita dengan dalil dan fatwa "google, copy & paste" itu?
Jahilkah kita yang tidak sependapat?
Jahilkah kita yang rambut tercacak, berseluar jeans dan berbaju merah?

......................................

Matlamat menghalalkan cara mereka.
Percayalah.
Kita hanyalah askar percuma.




Friday, March 30, 2012

Kesalahan Tun Mahathir

Tun M adalah idola aku.
Pemikiran Tun M aku kaji sampai sekarang.

...........................

Setiap dasar yang dibuat oleh pemimpin takkan boleh jadi tepat kepada semua manusia.
akan adanya kesilapan di mana-mana.
Tun M bertuah sebab dalam tempoh masa lebih 20 tahun, beliau berkesempatan memperbaiki kelemahan, menampal lubang dan mengikis daki-daki yang terdapat dalam setiap dasar yang beliau perkenalkan.
Akhirnya, dasar-dasar beliau diterima majoriti masyarakat Malaysia dan kesannya dapat dinikmati hingga ke hari ini.
Air tangannya masih ditagih walau sudah turun takhta.

...........................

PPSMI adalah satu dasar yang diilhamkan oleh Tun M.
Namun, tak berapa lama selepas itu Tun M telah meletakkan jawatan sebagai PM.
Maka, tak sempatlah beliau untuk menampal lubang-lubang dalam dasarnya ini.

Sampai hari ini, halatuju, hidden-agenda dan kebaikkan PPSMI masih samar-samar untuk majoriti rakyat Malaysia.

Ini bukan cara Tun M, setahu aku.
Dan PPSMI terus menjadi kesalahan terbesar yang pernah dilakukan oleh Tun M;
Kepada bangsa Malaysia.

.............................

Sistem pendidikan kita yang lama banyak hidden-agenda.
Hidden-agenda yang baik sebenarnya untuk pembentukan sebuah bangsa Malaysia.

Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu yang digunakan oleh semua pelajar puluhan tahun lamanya dan dengan bahasa ilmu itulah yang telah melahirkan puluhan ribu profesional berbilang bangsa di Malaysia.
Profesional berbilang bangsa yang tidak kekok berbahasa Melayu dan fasih berbahasa Inggeris juga.

Bahasa ilmu itu jugalah yang telah sedikit sebanyak mengingatkan bangsa cina dan india, tentang bumi mana yang sedang mereka diami dengan amannya.
Sampaikan makin ramai cina dan india sudah tidak lagi berbahasa kantonis dan tamil.

Kerana mereka sedar, untuk menjadi profesional, mereka perlulah cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Matematik. subjek ini pula diajar dan perlu dikuasai dalam bahasa Melayu.
Mahu tak mahu, mereka perlu fasih dahulu bahasa Melayu.

Kerana mereka juga sedar, bahasa kebangsaan mereka adalah bahasa Melayu.

Sebab mereka bukan lagi warganegara China atau India.
Matlamat pembentukan negara Bangsa Malaysia, sudah hampir-hampir tercapai.

.............................

Tapi, bila Tun M meragut rangkulan bahasa Melayu daripada subjek Matematik dan Sains, bangsa cina dan india mula membuka mata.
Mereka sedar ada pilihan yang lebih baik untuk mereka.
Bahasa ibunda mereka selamat.
Sekolah jenis kebangsaan mereka selamat.

Bahasa Melayu tidak lagi penting buat mereka.
Daripada bahasa ilmu, Bahasa Melayu jadi cukup sekadar subjek wajib lulus.

Lama-kelamaan, rangkulan Bahasa Melayu dilepaskan perlahan-lahan oleh bangsa cina dan india.
Maka, terjelepuklah bahasa Melayu itu tidak lagi dipedulikan.

Tinggallah bahasa Melayu yang hanya dipapah oleh A. Samad Said.

Dan seluruh masyarakat Malaysia telah perlahan-lahan melangkah kembali kebelakang, meninggalkan matlamat pembentukan negara bangsa Malaysia.


..............................

Bahasa jiwa bangsa.

Kalau bahasa Inggeris yang digunakan, Inggerislah orangnya.
Kalau bahasa cina, cinalah jiwanya.
Kalau Tamil, indialah caranya.





Thursday, March 29, 2012

Test Market

Masih adakah lagi pembaca cucunenekkebayan?

Tuesday, March 6, 2012

Pilihanraya: Pilihan saya (bahagian 2)

Seorang kawan biasa saya ada mengatakan bahawa sesuatu yang ada perkataan "raya" ni sangat besar maknanya dan sangat penting peranannya.

kalau yang kecil, kita panggil jalan.
yang besar kita panggil jalan raya.

yang kecil kita panggil pasar.
yang besar, pasar raya.

hari biasa kita panggil hari sahaja.
yang besar dan penting bagi kita, kita panggil hari raya.

hantu pun, kita panggil hantu raya.

bunga yang penting bagi negara kita; bunga raya.

maka, begitu jugalah dengan pilihan dalam hidup kita.
pilihan yang menentukan masa depan agama, bangsa dan negara kita dan generasi seterusnya.
pilihan sebesar dan sepenting ini kita panggil sebagai PILIHAN-RAYA.

....................

anda diberikan pilihan untuk memilih.
satu itu tahi anjing.
satu lagi tahi kucing.

anda pilih salah satu, anda masih dapat tahi.
najis. busuk. tak berguna.

dan kemudian anda semua terus-terusan mengutuk, menghina, memakihamun pilihan yang ANDA SENDIRI PILIH.

ya, anda sendiri yang pilih.
dan, ya.
anda yang telah memilih tahi.

....................

mengapakah anda hanya perlu memilih antara tahi anjing dan tahi kucing?
tiadakah pilihan lain yang lebih baik?

atau....
anda boleh memilih untuk tidak memilih mana-mana kerana kedua-duanya tahi?
tahi yang najis, busuk dan tidak berguna.