hehe

Saturday, October 31, 2009

Melaka: Dunia Melayu, Dunia Islam. KONON!



Olga Praga, Natalia Laskwoska, Noor Diyana dan si bangla.

melaka, 23 oktober 2009, 3.34 p.m
......................................................................................................

"tauke, kedai ini ada halal ka?"

"halal. we don't serve pork! but we serve arak,"

"kasi coke satu. tak mau cawan,"

.......................................................................................................

bersidanglah pelbagai bangsa mengelilingi satu meja.
tp masih duduk di atas kerusi-kerusi yg berbeza.
ada melayu, cina, india.
malahan, ada warga amerika juga.
tp beliau menggelarkan diri beliau sebagai 'Malaysian-American'.
lantak kat hang la.

.....................................................................................................

"why la u so concern about halal food," tanya lelaki cina itu. giginya kuning.

"yala2. why la? it's just a piece of paper," tambah lelaki india pula. sambil menggayakan tangannya, seolah2 membuka sebuah buku. Al-Quran mungkin. mula2 disangkakan mamak, tp berdasarkan soalan beliau, beliau masih seorang macha. cuma tidak lagi bertambi di dahi.

"heh," ringkas respon Malaysian-American itu. ringkas, tetapi insulting.

......................................................................................................

"setiap orang berbeza. ade yg kisah pasal halal haram ni. ade yg tak. tp Islam ajar untuk jaga makanan kita. because, we are what we eat,"

"hahahahahahaa," ketiga-tiga mereka ketawa.
"lu tarak minum ka? tipu laaa..lu punya gaya aaa..mesti minum punyaaaa!!"

.......................................................................................................

"i am a businessman from New York. some of my clients are Malaysian muslims. Malaysian politicians too. they are muslims, but they eat what i eat. they drink what i drink. they will buy me an expensive drink to get the business! they are the politicians that ask you not to do this and that, according to the syariah law, but they do everything behind you. so, don't listen to them. just do it! you are still young,"

balas warga amerika itu. jelas sifat ke-amerika-annya. sambil mengusap2 gambar isterinya, cina malaysia berumur dlm 30-an dan beliau 70-an.
isterinya; sebab beliau tinggal di Malaysia.

......................................................................................................

"hey, u mau bilik ka? boleh tidur sama u punya awek. jangan risau punya," tawar cina bergigi kuning itu. sambil tersengih, menampakkan lagi kekotoran kesan tar yg terpalit di giginya. kuning dan kotor dan busuk.

"ini malam mau clubbing ka? saya belanja u la. minum sama perempuan! eh, u sudah ada gf la. next time, when u come here, jangan bawak itu gf la. datang satu orang. i kasi free sama u," giliran si india mengemukakan tawaran. berlumba-lumba mereka menjadi tangan yg menghulurkan bantuan.

......................................................................................................

memalukan.

bangsa dan agama lain mentertawakan kita sebenarnya.
salahnya bukan Islam tetapi penganutnya.

celaka juga mereka, selalu berusaha menguji iman kita.
kalau kita tewas, mereka akan ketawa.

.......................................................................................................

"boy, u mau tengok itu 1Malaysia yang betul2 punya?" tiba-tiba.

"u pergi mana2 club at Melaka. Melayu, india, cina bukan setakat duduk satu meja. kita orang kongsi satu gelas! 'main' pun inter-racial juga!"

"hahaha," ketawa si tua amerika itu. terus disimpannya gambar si isteri di dalam wallet.

mungkin di sana juga mereka bertemu menjadi satu.

p/s: teringat pakcik pengayuh beca yg memainkan muzik 'perempuan-jepun-tengah-main' di becanya dengan begitu kuat, melawan bunyi laungan azan Asar. untuk menarik perhatian pelancong2 dan pelacur2 dari serata dunia ke melaka mungkin.

melaka. bandaraya bersejarah.
masih sama seperti sejarahnya.






2 comments:

Anonymous said...

ouh...dugaan iman zaman sekarang mmg banyak...berdoalah supaya kita xakan hanyut ngn semua tuh..amin...

cucunenekkebayan said...

amin~