tak mahu bangun!
jangan kejutkan aku
kerana aku belum bersedia
kerana mimpi ini sangat bahagia
dan kerana mimpi ini aku yang cipta!
oh, indahnya.
tak mahu bangun!
biarkan aku duduk di tepi tangga ini
tangga ini begitu mudah didaki orang
tapi, dalam mimpi lagi senang!
jangan kejutkan aku
aku takut mimpiku hilang lagi
susah payah benak besarku bergembira
sebelum lena untuk dapat mimpi yang sama
setiap hari pun tak mengapa
kantung hatimu penuh dengki
matamu berapi-api
mulutmu busuk, lagi busuk dari hatimu
pergi kau dari sini
sebelum aku rodok nyawamu
jangan berani kejutkan aku
yang sedang asyik dibuai mimpi.
aman damai mimpi ini
dalam mimpi
apa kau nak aku bagi
tapi, apa aku nak kau tak beri
tapi tak mengapa
ini hanya mimpi
mimpi kami-kami.
mimpi tak pernah sama
tak ada dua
payah sekali diulang suara
mimpi aku mungkin sama dengan bangsaku
pasti lain benar denganmu, pasti.
indah mimpi ini
kita tuhan dalam mimpi
mati dalam mimpi, esok aku hidup lagi
terus bermimpi.
kita tuhan dalam mimpi
mati dalam mimpi, esok aku hidup lagi
terus bermimpi.
Meru,
22 Ogos 09,2.32 am
No comments:
Post a Comment