perhatikan tanda soal di hujung title entry ini ye.
so, it's not a statement. it's a question.
kegiatan pelajar dipecahkan mengikut bangsa.
ade untuk melayu. MAWAR.
ade untuk cina. CC (Chinese Community).
ade untuk india. IC (betul eh IC? Indian Community).
hmm. nampak mcm perkauman.
mmg la ini adalah sebahagian saja drp aktiviti pelajar di UM.
tp, aktiviti di bawah pertubuhan bangsa masing2 ni bernaung di bawah kolej2 kediaman. dan untuk pengetahuan, pelajar UM HANYA akan melibatkan diri dengan aktif jika itu aktiviti yang dijalankan oleh kolej kerana sistem bodoh yang diamalkan oleh universiti tua ini. jika anda ingin bermastautin di kolej kediaman, anda wajib menjadi modal insan untuk kolej. lantak la anda wakil Malaysia ke, wakil benua ke, anda tidak akan diterima kerana TIDAK menyumbang tenaga untuk kegiatan kolej.
jadi, penakulannya begini.
aktiviti kolej berteraskan bangsa. ramai yang menyertainya. maka, ramailah yang menyokong aktiviti berteraskan bangsa ini.
maknanya, UM sebuah universiti yang menyemarakkan semangat bangsa masing2 sajalah? mudah.
maka banyaklah flyers2, notis2 ditampal dan diedarkan kepada semua warga kolej.
flyers dan notis yang tidak menggunakan bahasa melayu mahupun inggeris. guna bahasa rahsia mereka.
___________________________________
kita sudah dipisahkan mengikut bangsa dari kecil lagi. sejak zaman sekolah.
di universiti pun nak dipecahkan juga. dalam kuliah, usah cakap la. di depan satu bangsa, di tengah satu bangsa dan di belakang satu bangsa lain. habis menerewang la bau2 hamis dan hancing dari depan ke belakang.
mungkin ini sebabnya, pelajar2 yang duduk di belakang, gagal.
tak dapat nak pecahkan mengikut fakulti, kita pecahkan pulak ikut persatuan2 pelajar.
dari kecik sampai tua, kita sudah belajar dan faham benar dengan budaya kita.
kenapa tidak, bila sudah masuk universiti, belajar pulak budaya bangsa lain.
agar kita peka dengan budaya oarang lain.
jangan jadi mcm Ronnie Liew yang konon arif bab2 Islam dan Melayu.
boleh jual arak kerana peratusan alkohol rendah.
boleh minum, asal tak mabuk.
eh, Ronnie, kau mabuk ek?
apa kata kita tukar?
hapuskan MAWAR, CC, IC.
atau melayu pilih nak masuk CC atau IC.
Cina masuk IC atau MAWAR.
India masuk MAWAR atau CC.
barulah 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment